KUALA LUMPUR: Enggan dirinya terus diadili oleh mereka yang tidak mengenalinya, Paduka Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah bertindak menutup akaun Instagram miliknya.
Menurut laporan The Star, puteri tunggal Sultan dan Sultanah Johor itu percaya ia adalah keputusan paling tepat untuk dilakukan memandangkan kehidupan glamor tidak sesuai dengan dirinya.
Tindakan menutup akaun Instagram itu dilakukan Tunku Aminah awal bulan ini.
Mesra disapa Tunku Inah, beliau pada mulanya membuka akaun Instagram kerana mahu berkongsi pendapat dengan anggota masyarakat. Namun komen-komen berterusan sebilangan pengikutnya tentang cara beliau berpakaian mula mengundang rasa tidak selesa.
Selepas menerima nasihat daripada ayahanda dan bondanya, Tunku Aminah tekad menutup laman sosial yang dimilikinya.
Sebelum ini, adinda Tunku Aminah, Tunku Idris Iskandar, yang juga Tunku Temenggong Johor, mempertahankan Tunku Aminah dalam isu pemakaian tudung, dengan menyatakan orang ramai tidak sepatutnya mengadili kekandanya itu hanya kerana beliau tidak bertudung.
Menurut laporan The Star, puteri tunggal Sultan dan Sultanah Johor itu percaya ia adalah keputusan paling tepat untuk dilakukan memandangkan kehidupan glamor tidak sesuai dengan dirinya.
Tindakan menutup akaun Instagram itu dilakukan Tunku Aminah awal bulan ini.
Mesra disapa Tunku Inah, beliau pada mulanya membuka akaun Instagram kerana mahu berkongsi pendapat dengan anggota masyarakat. Namun komen-komen berterusan sebilangan pengikutnya tentang cara beliau berpakaian mula mengundang rasa tidak selesa.
Selepas menerima nasihat daripada ayahanda dan bondanya, Tunku Aminah tekad menutup laman sosial yang dimilikinya.
No comments:
Post a Comment