Monday 12 October 2015

r Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mungkin akan menjadi mangsa seterusnya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditekan hebat oleh Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri paling lama tersebut berkata, walaupun ia sekadar khabar angin, tidak mustahil ia boleh menjadi nyata.
"Itu khabar angin yang saya dengar, tapi dalam kes ini khabar angin itu biasanya mempunyai kebenaran," katanya pada sidang media selepas dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kajang hari ini.
Zeti antara individu di peringkat tertinggi yang menganggotai pasukan petugas khas menyiasat skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Namun kebelakangan ini, Zeti menjadi perhatian umum apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis akan menyoal siasat lebih ramai pegawai SPRM, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara bagi memberi keterangan dalam siasatan maklumat bocor 1MDB.
Khalid tidak menolak kemungkinan memanggil Zeti dan orang nombor dua SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
BNM sebelum ini juga menafikan dakwaan membocorkan maklumat transaksi tersebut.
Blogger pro Umno sebelum ini turut menamakan Zeti dan Shukri sebagai individu yang berpotensi terlibat dalam konspirasi menggulingkan kepimpinan perdana menteri dalam kerajaan.
Kontroversi terkini membabitkan SPRM apabila pihak polis membuat serbuan ke atas beberapa pegawai penyiasat agensi pencegah rasuah tersebut, malah dua pegawai atasannya ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment