Saturday 5 May 2018

Rakyat Malaysia...

Ketahuilah bahawa Rakyat di Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand telah mendoakan agar parti-parti dlm Pakatan Harapan iaitu (PKR + BERSATU + AMANAH + DAP) dapat menumbangkan BN pada PRU ke - 14 ini dan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yg baru di Malaysia.

Satu analisa yg menyeluruh telah pun dibuat tentang kecenderungan pengundi mengikut  setiap negeri dan dijangka keputusan kecenderungan ini boleh sampai hingga tarikh pengundian sebenar iaitu 09hb Mei 2018 nanti. Malah Sofia dmaklumkan maklumat yg sama ini juga telah sampai ketangan MO1 oleh Unit Khas PRU ke - 14 pada tarikh 01.05.2018. Berikut adalah kajian statistik yg bermula dari 01.01.2018 dan berakhir 30.04.2018 terhadap kaum melayu, cina dan india adalah seperti berikut:-

Hasil pemantauan yang berterusan selama 4 bulan ini terhadap 100 000 ribu pengundi-pengundi yg layak mengundi di seluruh negara dan akan keluar mengundi pada 09hb Mei 2018 ini.

👦(1) Peratusan Pengundi Melayu :-
Kaum Melayu yg sokong PH   : 47%
Kaum Melayu yg sokong BN   : 32%
Kaum Melayu yg sokong PAS : 15%
Kaum Melayu yg atas PAGAR : 16%

👨(2) Peratusan Pengundi Cina :-
Kaum Cina yg sokong PH    : 80%
Kaum Cina yg sokong BN    : 14%
Kaum Cina yg sokong PAS  :   5%
Kaum Cina yg atas PAGAR  :   1%

👳(3) Peratusan Pengundi India :-
Kaum India yg sokong PH   : 33%
Kaum India yg sokong BN   : 24%
Kaum India yg sokong PAS : 15%
Kaum India yg atas PAGAR : 28%

 🍎 Berikut adalah bayangan keputusan awal yg dijangka akan berlaku pada 9hb Mei 2018 nanti :

👉 3 PARLIMEN DI NEGERI PERLIS :-

(1) P.001 PADANG BESAR :  Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin (BN) 🤓
(2) P.002  KANGAR : Ramli Shariff (BN) 🤓
(3) P.003 ARAU : Shahidan Bin Kassim (BN) 🤓

BN   : 3
PKR : 0
PAS : 0

* Negeri Perlis kekal milik BN dulu, kini dan selamanya 🤓

👉 15 PARLIMEN DI NEGERI KEDAH :

(1) P.004 LANGKAWI : Dr. Mahathir Bin Mohamad (PKR) 💖
(2) P.005 JERLUN : Mukhriz Mahathir (PKR) 💖
(3) P.006 KUBANG PASU : Dato Amiruddin Hamzah (PKR) 💖
(4) P.007 PADANG TERAP : Khairizal Khazali (PKR) 💖
(5) P.008 POKOK SENA : Dato Hj. Mahfuz Omar (PKR) 💖
(6) P.009 ALOR STAR : Chan Ming Kai (PKR) 💖
(7) P.010 KUALA KEDAH : Dr. Azman Ismail (PKR) 💖
(8) P.011 PENDANG : Wan Saiful Wan Jan (PKR) 💖
(9) P.012 JERAI : Akhramsyah Bin Sanusi Junid (PKR) 💖
(10) P.013 SIK : Dr. Mansor Bin Abd Rahman (BN) 🤓
(11) P.014 MERBOK : Dato Tajul Urus Hj. Mat Zain (BN) 🤓
(12) P.015  SG. PETANI : Dato Johari Abdul (PKR) 💖
(13) P.016  BALING :  Dato Azeez Rahim (BN) 🤓
(14) P.017  PADANG SERAI : Karupaiya Mutusami (PKR) 💖
(15) P.018 KULIM BANDAR BARU :  Dato' Saifuddin Nasution Ismail (PKR) 💖

PKR : 12
BN.  : 3
PAS : 0

# Negeri Kedah bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yg baru 💖

👉 13 PARLIMEN DI NEGERI PULAU PINANG :

(1) P.O41 KEPALA BATAS : Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican (BN) 🤓
(2) P.042 TASEK GELUGOR : Hj. Marzuki Bin Yahya (PKR) 💖
(3) P.043 BAGAN : Lim Guan Eng (PKR) 💖
(4) P.044 PERMATANG PAUH : Nurul Izzah Anwar (PKR) 💖
(5) P.045 BUKIT MERTAJAM : Sim Chee Keong (PKR) 💖
(6) P.046 BATU KAWAN : Kasthuriraani Patto (PKR) 💖
(7) P.047 NIBONG TEBAL : Dato Mansor Othman (PKR) 💖
(8) P.048 BUKIT BENDERA : Wong Hon Wai (PKR) 💖
(9) P.049 TANJONG : Chow Kon Yeow (PKR) 💖
(10) P.050 JELUTONG : Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (PKR) 💖
(11) P.051 BUKIT GELUGOR : Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (PKR) 💖
(12) P.052 BAYAN BARU : Sim Tze Tzin (PKR 💖
(13) P.053 BALIK PULAU : Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahya (BN) 🤓

PKR : 11
BN.  :   2
PAS :   0

# Negeri Pulau Pinang kekal milik Pakatan Harapan 💖

👉 24 PARLIMEN DI NEGERI PERAK

(1) P.054 GERIK :  Dato Hasbullah Osman (BN) 🤓
(2) P.055 LENGGONG : Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN) 🤓
(3) P.056 LARUT : Dato Seri Hamzah Zainudin (BN) 🤓
(4) P.057 PARIT BUNTAR : Dato Dr. Mujahid Yusof Rawa (PKR) 💖
(5) P.078 BAGAN SERAI : Dato Dr. Noor Azmi Bin Ghazali (BN) 🤓
(6) P.059 BUKIT GANTANG : Dato Hj. Khadri Khalid (PKR) 💖
(7) P.060 TAIPING : TEH KOK LIM (PKR) 💖
(8) P.061 PADANG RENGAS : Dato Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz (BN) 🤓
(9) P.062 SUNGAI SIPUT : S.Kesavan (PKR) 💖
(10) P.063 TAMBUN : Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN) 🤓
(11) P.064 IPOH TIMUR : Wong Kah Woh (PKR)    💖
(12) P.065 IPOH BARAT : M.KULA (PKR) 💖
(13) P.066 BATU GAJAH : V.Sivakumar (PKR) 💖
(14) P.067 KUALA KANGSAR : Dr. Ahmad Termizi Ramli (PKR) 💖
(15) P.068 BERUAS : Dato Ngeh Khoo Ham (PKR) 💖
(16) P.069 PARIT : Tarmizi Mohd Jam (PKR) 💖
(17) P.070 KAMPAR : Su Keong Siong (PKR) 💖
(18) P.071 GOPENG : Dr. Lee Boon Chye (PKR) 💖
(19) P.072 TAPAH : Dato Seri M.Saravanan (BN)    🤓
(20) P.073 PASIR SALAK : Dato Seri Tajuddin  Abdul Rahman (BN) 🤓
(21) P.074 LUMUT : Dr. Hatta Ramli (PKR) 💖
(22) P.075 BAGAN DATUK : Ahmad Zahid Bin Hamidi (BN) 🤓
(23) P.076 TELUK INTAN : Ngo Kho Ming (PKR) 💖
(24) P.077 TANJONG MALIM : Chang Lil Kang (PKR) 💖

PKR : 16
BN   :  8
PAS :  0

# Negeri Perak bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yg baru 💖

👉 22 PARLIMEN DI NEGERI SELANGOR

(1) P.092 SABAK BERNAM : Dato' Fasiah (BN) 🤓
(2) P.093 SUNGAI BESAR : Budiman Bin Mohd Zohdi (BN) 🤓
(3) P.094 HULU SELANGOR : P.Kamalanathan (BN) 🤓
(4) P.095 TANJONG KARANG : Tan Sri Noh Bin Haji Omar (BN) 🤓
(5) P.096 KUALA SELANGOR : Dr Hj Dzulkefly Ahmad (PKR) 💖
(6) P.097 SELAYANG : William Leong Jee Keen (PKR) 💖
(7) P.098 GOMBAK : Dato' Seri Azmin Ali (PKR) 💖
(8) P.099 AMPANG : Zuraida Kamaruddin (PKR)   💖
(9) P.100 PANDAN : Dr. Wan Azizah (PKR) 💖
(10) P.101 HULU LANGAT : Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (PKR) 💖
(11) P.102 BANGI : Dr. Ong Kian Ming (PKR) 💖
(12) P.103 PUCHONG : Gobind Singh Deo (PKR)   💖
(13) P.104 SUBANG : Wong Chen (PKR) 💖
(14) P.105 PETALING JAYA : Maria Chin Abdullah (PKR) 💖
(15) P.106 DAMANSARA : Tony Phua (PKR) 💖
(16) P.107 SUNGAI BULOH : Sivarasa Rasiah (PKR) 💖
(17) P.108 SHAH ALAM : Khalid Abd Samad (PKR) 💖
(18) P.109 KAPAR : Abdullah Sani (PKR) 💖
(19) P.110 KLANG : Charles Santiago (PKR) 💖
(20) P.111 KOTA RAJA : Mohamad Sabu (PKR) 💖
(21) P.112 KUALA LANGAT : Dr. Xavier Jayakumar (PKR) 💖
(22) P.113 SEPANG : Dato Haji Marsum Bin Paing (BN) 🤓

PKR : 17
BN.  :   5
PAS :   0

# Negeri Selangor Kekal Milik Pakatan Harapan 💖

👉 11 PARLIMEN DI W.P. KUALA LUMPUR

(1) P.114 KEPONG : LIM LIP ENG (PKR) 💖
(2) P.115 BATU : Dr. Dominic Lau Hoe Chai (BN) 🤓
(3) P.116 WANGSA MAJU : Dr. Tan Yee Kew (PKR) 💖
(4) P.117 SEGAMBUT : HANNAH YEOH (PKR) 💖
(5) P.118 SETIAWANGSA : Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (PKR) 💖
(6) P.119 TITIWANGSA : Rina Mohd Harun (PKR) 💖
(7) P.120 BUKIT BINTANG : Fong Kui Lun (PKR) 💖
(8) P.121 LEMBAH PANTAI : Raja Nong Chik (BN) 🤓
(9) P.122 SEPUTEH : Teresa Kok (PKR) 💖
(10) P.123 CHERAS : Tan Kok Wai (PKR) 💖
(11) P.124 BANDAR TUN RAZAK : Dato' Kamarudin Jaffar (PKR) 💖

PKR : 9
BN   : 2
PAS : 0

# Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal kubu kuat Pakatan Harapan 💖

👉 W.P. PUTRAJAYA

(1) P.125 PUTRAJAYA : Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (BN) 🤓

👉 W.P. LABUAN

(1) P.166 LABUAN : Rosman Bin Isli (BN) 🤓

👉 8 PARLIMEN DI NEGERI SEMBILAN

(1) P.126 JELEBU : IR Mustafar Kadir (PKR) 💖
(2) P.127 JEMPOL : Dato Hj. Salim Sarif (BN) 🤓
(3) P.128 SEREMBAN : Loke Siew Fook (PKR) 💖
(4) P.129 KUALA PILAH : Hasan Bin Malek (BN) 🤓
(5) P.130 RASAH : Cha Kee Chin (PKR) 💖
(6) P.131 REMBAU : Khairy Jamaluddin (BN) 🤓
(7) P.132 PORT DICKSON : Dato Danyal (PKR) 💖
(8) P.133 TAMPIN : Shaziman Bin Abu Mansor (BN) 🤓

# Negeri Sembilan bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yg baru 💖

PKR : 4
BN   : 4
PAS : 0

👉 6 PARLIMEN DI NEGERI MELAKA

(1) P.134 MASJID TANAH : Mas Ermieyati (BN) 🤓
(2) P.135 ALOR GAJAH : Mohd Redzuan Yusof (Pak Wan) (PKR) 💖
(3) P.136 TANGGA BATU : Dato Zali Mat Yasin (BN) 🤓
(4) P.137 HANG TUAH JAYA : Shamsul Iskandar Haji Mohd Akil (PKR) 💖
(5) P.138 KOTA MELAKA : Khoo Poay Tiong (PKR) 💖
(6) P.139 JASIN : Khairuddin Abu Hassan (PKR)  💖

PKR : 4
BN.  : 2
PAS : 0

# Negeri Melaka bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yang baru 💖

👉 26 PARLIMEN DI NEGERI JOHOR

(1) P.140 SEGAMAT : Dato Seri Dr. Santhara (PKR)  💖
(2) P.141 SEKIJANG : Natrah Ismail (PKR) 💖
(3) P.142 LABIS : Pang Hok Liong (PKR)  💖
(4) P.143 PAGOH : Tan Sri Muhyiddin Yassin (PKR) 💖
(5) P.144 LEDANG : Syed Ibrahim Bin Syed Noh (PKR) 💖
(6) P.145 BAKRI : Yeo Bee Yin (PKR) 💖
(7) P.146 MUAR : Syed Saddiq (PKR) 💖
(8) P.147 PARIT SULONG : Dato' Dr. Noraini Ahmad (BN) 🤓
(9) P.148 AYER HITAM : Liew Chin Tong (PKR) 💖
(10) P.149 SRI GADING : Datuk Aziz Kaprawi (BN) 🤓
(11) P.150 BATU PAHAT : Mohd Rashid (PKR) 💖
(12) P.151 SIMPANG RENGGAM : Dr. Maszlee Malek (PKR) 💖
(13) P.152 KLUANG : Wong Shu Qi (PKR) 💖
(14) P.153 SEMBRONG : Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein (BN) 🤓
(15) P.154 MERSING : Dr. Abd Latiff (BN) 🤓
(16) P.155 TENGGARA : Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba (BN) 🤓
(17) P.156  KOTA TINGGI : Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique (BN) 🤓
(18) P.157 PENGERANG : Azalina Othman Said (BN) 🤓
(19) P.158 TEBRAU : Steven Choong (PKR) 💖
(20) P.159 PASIR GUDANG : Hassan Bin Abdul Karim (PKR) 💖
(21) P.160 JOHOR BAHRU : Akmal Nasir (PKR) 💖
(22) P.161 PULAI : Salahuddin Ayub (PKR) 💖
(23) P.162 ISKANDAR PUTERI : Lim Kit Siang (PKR) 💖
(24) P.163 KULAI : Teo Nie Ching (PKR) 💖
(25) P.164 PONTIAN : Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan (BN) 🤓
(26) P.165 TANJONG PIAI : Md Farid (PKR) 💖

PKR : 18
BN.  :   8
PAS :   0

# Negeri Johor bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yang baru 💖

👉 14 PARLIMEN DI NEGERI PAHANG

(1) P.078 CAMERON HIGHLAND : Manogaran (PKR) 💖
(2) P.079 LIPIS : Dato Badarudin Abd Rahaman (PKR) 💖
(3) P.080 RAUB : Tengku Zulpuri Shah (PKR) 💖
(4) P.081 JERANTUT : Dato Ahmad Nazlan (BN)  🤓
(5) P.082 INDERA MAHKOTA : Dato'  Saifuddin Abdullah (PKR) 💖
(6) P.083 KUANTAN : Fuziah Salleh (PKR) 💖
(7) P.084 PAYA BESAR :  Mohd Shahar Bin Abdullah (BN) 🤓
(8) P.085 PEKAN : Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (BN) 🤓
(9) P.086 MARAN :   Dato' Seri Dr. Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib (BN) 🤓
(10) P.087 KUALA KRAU : Dato'  Seri Hj Ismail Bin Hj Mohamed Said (BN) 🤓
(11) P.088 TEMERLOH : Haji Anuar Tahir (PKR) 💖
(12) P.089 BENTONG : Wong Tack (PKR) 💖
(13) P.090 BERA : Ismail Sabri Yaakob (BN) 🤓
(14) P.091 ROMPIN : Dato' Sri Hasan Bin Arifin (BN) 🤓

PKR : 7
BN   : 7
PAS : 0

# Negeri Pahang bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yang baru 💖

👉 8 PARLIMEN DI NEGERI TERENGGANU

(1) P.033 BESUT : Idris Jusoh (BN)
(2) P.034 SETIU   : Dato' Haji Mohd Jidin Bin Shafee (BN) 🤓
(3) P.035 KUALA NERUS : Dr. Tengku Asmadi (BN) 🤓
(4) P.036 KUALA TERENGGANU : Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail (BN) 🤓
(5) P.037 MARANG : Mohamad Nor Bin Endot (BN) 🤓
(6) P.038 HULU TERENGGANU : Dato Rosol Bin Wahid (BN) 🤓
(7) P.039 DUNGUN : Dato Din (BN) 🤓
(8) P.040 KEMAMAN : Ahmad Shabery Cheek (BN) 🤓

BN   : 8
PKR : 0
PAS : 0

# Negeri Terengganu kekal milik BN 🤓

14 PARLIMEN DI NEGERI KELANTAN

(1) P.019 TUMPAT : Datuk Nordin Bin Salleh (PKR) 💖
(2) P.020 PENGKALAN CHEPA : Mejar Mat (PKR) 💖
(3) P.021 KOTA BHARU : Husam Musa (PKR) 💖
(4) P.022 PASIR MAS : Nor Azmawi @ BAWI (BN) 🤓
(5) P.023 RANTAU PANJANG : Abdullah Bin Mat Yasim (BN) 🤓
(6) P.024 KUBANG KERIAN : Dato Dr. Halim (PKR) 💖
(7) P.025 BACHOK : Datuk Awang (BN) 🤓
(8) P.026 KETEREH : Tan Sri Annuar Musa (BN) 🤓
(9) P.027 TANAH MERAH : Dato' Sri Hj Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz (BN) 🤓
(10) P.028 PASIR PUTEH : DATUK KAMARUDIN (ABE DIN) (PKR) 💖
(11) P.029 MACHANG : Datuk Jazlan (BN) 🤓
(12) P.030 JELI : Dato Pa' (BN) 🤓
(13) P.031 KUALA KRAI : Dato Ramzi (BN) 🤓
(14) P.032 GUA MUSANG : Tengku Razaleigh Hamzah (BN) 🤓

BN   :  9
PKR :  5
PAS :  0

# Kerajaan PAS Kelantan TUMBANG dan BN berjaya menjadi kerajaan negeri yg baru 🤓

👉 25 PARLIMEN DI SABAH :

(1) P.167 KUDAT : Shariff Azman Sh Along (WARISAN) 💖
(2) P.168 KOTA MARUDU : Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (BN) 🤓
(3) P.169 KOTA BELUD : Salleh Said Keruak (BN) 🤓
(4) P.170 TUARAN : Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (BN) 🤓
(5) P.171 SEPANGGAR : Abd Rahman Bin Dahlan (BN) 🤓
(6) P.172 KOTA KINABALU : Chan Foong Hin (DAP) 💖
(7) P.173 PUTATAN : Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh (BN) 🤓
(8) P.174 PENAMPANG : Darell Leiking (WARISAN) 💖
(9) P.175 PAPAR : Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin (BN) 🤓
(10) P.176 KIMANIS : Anifah Aman (BN) 🤓
(11) P.177 BEAUFORT : Datuk John Ot Ghani (PKR) 💖
(12) P.178 SIPITANG : Noor Hayaty Binti Mustapha (WARISAN) 💖
(13) P.179 RANAU : Datuk Dr. Ewon Ebin (WARISAN) 💖
(14) P.180 KENINGAU : Datuk Daniel Kinsik (BN) 🤓
(15) P.181 TENOM : Rubin Bin Balang (BN) 🤓
(16) P.182 PENSIANGAN : Arthur Joseph Kurup (BN) 🤓
(17) P.183 BELURAN : Datuk Ronald Kiandee (BN) 🤓
(18) P.184 LIBARAN : Irwanshah Bin Mustapa (WARISAN) 💖
(19) P.185 BATU SAPI : Linda Tsen Thau Lin (BN) 🤓
(20) P.186 SANDAKAN : Stephen Wong Tien Fatt (DAP) 💖
(21) P.187 KINABATANGAN : Bung Moktar Radin (BN) 🤓
(22) P.188 SILAM : Datu Nasrun Bin Datu Mansur (BN) 🤓
(23) P.189 SEMPORNA : Mohd Shafie Apdal (WARISAN) 💖
(24) P.190 TAWAU : Mary Yap Kain Ching (BN) 🤓
(25) P.191 KALABAKAN : Abdul Ghapur Salleh (BN) 🤓

BN                        :  16
WARISAN            :    6
DAP                      :    2
PKR                      :    1
AMANAH             :    0
PAS                       :    0
SAPP                    :    0
HR                         :    0
PPRS                     :   0
PCS                       :    0
BEBAS - BUKU     :    0
PEEPADUAN        :    0
BEBAS - RUMAH :    0
SOLIDARITI          :    0
ANAK NEGERI     :    0
PPRS                    :    0

# Sabah kekal milik BN dulu, kini dan selamanya 🤓

👉 31 PARLIMEN DI SARAWAK

(1) P.192 MAS GADING : Nogeh anak Gumbek (BN) 🤓
(2) P.193 SANTUBONG :  Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (BN) 🤓
(3) P.194 PETRA JAYA :  Fadillah Hj. Yusof (BN) 🤓
(4) P.195 BANDAR KUCHING : Kelvin Yii Lee Wuen (DAP) 💖
(5) P.196 STAMPIN : Chong Chieng Jen (DAP) 💖
(6) P.197 KOTA SAMARAHAN : Rubiah Awang (BN) 🤓
(7) P.198 MAMBONG : Jeannoth Sinel (BN) 🤓
(8) P.199 SERIAN : Dato Sri Richard Riot Anak Jaem (BN) 🤓
(9) P.200 BATANG SADONG : Dato' Sri Nancy Shukri (BN) 🤓
(10) P.201 BATANG LUPAR : Rohani Karim (BN) 🤓
(11) P.202 SRI AMAN : Masir Kujat (BN) 🤓
(12) P.203 LUBOK ANTU : Robert Pasang Alam (BN) 🤓
(13) P.204 BETONG : Robert Lawson Chuat (BN) 🤓
(14) P.205 SARATOK : Ali Biju (PKR) 🤓
(15) P.206 TANJONG MANIS : Yusuf Bin Abd Wahab (BN) 🤓
(16) P.207 IGAN : Ahmad Johnie Bin Zawawi (BN) 🤓
(17) P.208 SARIKEI : Wong Ling Biu (DAP) 💖
(18) P.209 JULAU : Joseph Salang Anak Gandum (BN) 🤓
(19) P.210 KANOWIT : Ago Anak Dagang (BN) 🤓
(20) P.211 LANANG : Alice Lau Kiong Yieng ((DAP) 💖
(21) P.212 SIBU : Oscar Ling Chai Yew (DAP) 💖
(22) P.213 MUKAH : Hanifah Hajar Taib (BN) 🤓
(23) P.214 SELANGAU : BARU BIAN (PKR) 💖
(24) P.215 KAPIT : Datuk Alexander Nanta Linggi (BN) 🤓
(25) P.216 HULU RAJANG : Wilson Ugak Anak Kumbong (BN) 🤓
(26) P.217 BINTULU : Dato' Seri Tiong King Sing (BN) 🤓
(27) P.218 SIBUTI : Lukanisma Bin Awang Sauni (BN) 🤓
(28) P.219 MIRI : Michael Teo Yu Keng (PKR) 💖
(29) P.220 BARAM : Ronald Engan (PKR) 💖
(30) P.221 LIMBANG : Hasbi Bin Habibollah (BN) 🤓
(31) P.222 LAWAS : Henry Sum Agong (BN) 🤓

BN   : 22
DAP :  5
PKR :  3
PAS :  0

# Sarawak kekal milik BN dulu, kini dan selamanya 🤓

👉 JUMLAH PARLIMEN KESELURUHANNYA:

PAKATAN HARAPAN : 114
WARISAN                    :     6
PH + WARISAN.         : 120 💖

BN                                : 102 🤓

PAS.                              :     0 😂

🏛 InsyaAllah pada 10hb Mei 2018 (Khamis). PH membentuk Kerajaan Persekutuan yg baru menggantikah BN. Manakala Tun Mahathir akan mengangkat sumpah dihadapan Yang Dipertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia yg ke - 7.

🏚 Minta semua bekerja keras pertahankan kerusi-kerusi-kerusi parlimen yg telah disebutkan disetiap negeri di atas. PH berjaya menawan 5 parlimen di Kelantan kerana hasil gerak kerja yg terancang dan senarai calon yg boleh menang dan ada integriti yang telah disusun rapi oleh Dato Hj. Husam Musa. InsyaAllah dengan perkembangan terkini dan ditambah aura anak almarhum TGNA iaitu Ustaz Nik Omar. Kita masih mampu menambah 3 ke 4 kerusi parlimen lagi dan mengubah keputusan ini dgn PH berjaya memerintah negeri Kelantan.

🏪 Keputusan Dun disetiap negeri memang sengaja tidak disiarkan kerana negeri-negeri yg jatuh ke tangan PH. Dun memihak kepada PH sehingga boleh menubuhkan kerajaan negeri.

🏭 Hanya Keputusan Parlimen disetiap negeri disiarkan sebagai gambaran awal parti mana yang akan menjadi Kerajaan Persekutuan yg baru selepas PRU ke - 14 nanti.

🕌 Kajian jangkaan keputusan PH menang sehingga membolehkan membentuk Kerajaan Persekutuan ini dibuat atas kapasiti 85% peratusan pengundi keluar mengundi.

🏘 Manakala aura Dato Shafie Apdal belum cukup kuat untuk menawan negeri Sabah. Salah satu faktor yg paling besar ialah tiada kesatuan yg kuat parti-parti pembangkang di Sabah sehingga wujud 16 parti yg bertanding. Walaubagaimanapun parti WARISAN berjaya menawan 6 parlimen untuk diberikan kepada PH utk menguatkan lagi menjadi Kerajaan Persekutuan yg baru.

🏚 Tahniah kepada semua pengundi di negeri Kedah, Perak, N.Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang kerana berani mengambil keputusan untuk menukar kerajaan negeri yg ditadbir oleh BN sebelum ini kepada Pakatan Harapan.

 🏠 Teristimewa tahniah pada rakyat Selangor dan Pulau Pinang kerana berjaya mengekalkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.

 🏥 Tahniah juga kepada Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak kerana berjaya menjadi Ketua Pembangkang.

🏨 Takziah buat PAS  diatas kejatuhan sebuah kerajaan PAS yg takfiri dan khawarij di Kelantan. Surah Al-Fatihah disedekahkan kepada parti PAS yang bercita-cita besar untuk menjadi King Maker kerana tidak berjaya menang 1 parlimen pada PRU ke - 14 ini.

#InsyaAllah
#KitaMestiMenang
#PutrajayaSudahDitawan
#NajibRazakSilaSerahDiri
#Inikalilah

LIKE & SHARE

Wednesday 2 May 2018

Targhib Mesyuarat Kuala Lumpur (Kapten Noruddin)

25/04/2018 - Bila jama'ah pertama hendak dibentuk, Sayyidina Abu Bakar ra menulis surat ke Yemen, Bahrain, 6 jama'ah dibentuk, selepas kewafatan Nabi saw. Sayyidina Abu Bakar ra hanya beritahu:

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat..." (At Taubah: 41)

Mereka kata, kami bagi segala-galanya, kami tidak akan pulang semula. Mereka keluar pada hari tersebut hinggalah Sayyidina Abu Bakar ra meninggal dunia. Jama'ah mereka ada di Palestin, Syria, Iraq, Mesir. Mereka tidak pernah terfikir untuk pulang.

Setiap jejak langkah mereka adalah jejak langkah kita juga. Tiada beza. Ini adalah zaman kita, tak boleh fikir selepas kita balik dari keluar, selepas jor, selepas nusrah jama'ah, selepas sempurnakan takazah, kita ada masa untuk rehat.

Ini semua syaitan punya fikir. Inilah keadaan umat hari ni, mereka bercuti. Sedangkan, kebathilan & kekufuran tidak pernah bercuti.

Perjalanan akhir Maulana Yusuf rahmatullahu 'alaihi dari Dhaka ke Lahore, dia bagi nasihat, 200 amla bersama dengan beliau, bathil tidak akan rehat. Mana mungkin umat ini boleh rehat. Beliau telah ucapkan selamat tinggal pada rumahnya dan ucapkan salam pada kitab2nya.

Perjalanan yang jauh dan susah. Dalam usaha agama sentiasa pandang jauh. Tidak ada kesenangan sedikit pun dalam usaha agama. Tidak akan berlaku kesenangan.

Sebab itu dinamakan Mujahadah. Mujahadah dalam segala perkara. Mujahadah dalam perasaan, Mujahadah dalam makan, Mujahadah dalam perjalananan, dan sebagainya.

Nikmat yang ALLAH SWT sembunyi dalam mujahadah itu seorang pun tidak akan faham kecuali mereka yang keluar di jalan ALLAH SWT. Boleh tidur tanpa selimut walaupun nyamuk beratus ekor, tidak sedar. Sangat ajaib keluar di jalan ALLAH SWT. ALLAH SWT beri ketenangan.

ALLAH SWT beri tumpuan khusus pada manusia dalam dua keadaan.

1. Ketika sujud
2. Ketika keluar di jalan ALLAH SWT.

Bagaimana mungkin kita boleh tinggal keluar di jalan ALLAH SWT. Usaha ini pilihan. Usaha ini tidak pernah ikut kepandaian, kebolehan dan ALLAH SWT tidak akan buat (begitu) sampai Kiamat.

Zaman keindahan sangat singkat. Zaman 'Umar bin 'Abdul 'Aziz hanya tiga tahun. Selain dari itu semua zaman kehidupan Mujahadah. Kita kena rasa haus/dahaga untuk berada di jalan ALLAH SWT walaupun kita tidak suka. Walau tidak suka, kita kena keluar juga. Sebab?

Sebab ini adalah tanggungjawab. Sesiapa yang sudah ambil akujanji/sumpah setia untuk ambil tanggungjawab ini, pasti dan pasti ALLAH SWT tidak akan tinggalkan dia. Janji ALLAH SWT atas tanggungjawab.

Kena laksanakan tanggungjawab, barulah janji ALLAH SWT akan datang. Kemewahan, kemenangan, kesenangan, Khilafah, ekonomi, kesihatan hatta Syurga, atas dunia ini lagi ALLAH SWT akan tunjukkan sebelum maut.

Selepas apa? Selepas kita laksanakan tanggungjawab.

Umat ini meninggalkan tanggungjawab, tetapi memimpikan janji2 ALLAH SWT. Umat ini hancur dan kecewa dengan agamanya sendiri.

Umat kecewa dengan Solat dia, umat kecewa dengan doa dia, kecewa dengan Saum/Puasa dia, kecewa dengan Haji dia. Sebab? Tiada pertolongan dari ALLAH SWT.

Bahkan, apa yang dapat ialah berlawanan dengan janji ALLAH SWT. Sebab? Umat telah tinggalkan tanggungjawab. Orang yang buat usaha pun, bila tinggalkan tanggungjawab ALLAH SWT akan tinggalkan dia. 2 kali kesesatan.

Jangan sekali-kali kita rasa kita sudah buat kerja. Kita syukur atas penerimaan ALLAH SWT masa dulu. Kita kena faham betul2 sekarang kita di mana dan yakin betul2 langkah selepas ini.

Barulah kita tidak akan tinggalkan satu pun takazah. Bukan masalah kita untuk beri masa. Adakah ALLAH SWT terima saya? Kita bukan atas apa yang kita ada. Kita adalah atas apa yang kita tidak ada.

Bukan atas apa yang kita upaya, tetapi apa yang kita tidak upaya. Bukan atas kita sedia tapi atas tidak kesediaan kita. Barulah ALLAH SWT datang kepada kita. Bodohkan diri. Nafikan segala-galanya. Kalau ada pun, kena kata tidak ada.

Masyaikh kata masa depan usaha ini bermula di Kuala Lumpur. Kebaikan telah memancar dari sebelah sini. ALLAH SWT telah terima Kuala Lumpur.

Selepas ini, seluruh dunia akan cari di mana Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur akan pergi seluruh dunia. Layak atau tidak layak, itu semua pentadbiran.

Usaha bermula dari mana? Dari rumah, dari masjid, dari mahalah, dari halaqah, dari kelompok. Bukan dari markaz. Usaha tidak pernah bermula dari markaz. Usaha tidak bermula dari Baitullah.

Usaha bermula di rumah Arqam. Khatijah r.ha tidak pernah solat, tidak pernah puasa tetapi ALLAH SWT kirim salam pada beliau di dunia ini lagi, sebab buat pengorbanan untuk agama.

Sebelum ALLAH SWT buat keputusan atas sesuatu tempat, ALLAH SWT akan hantar jama'ah ke sana. Ini cara ALLAH SWT sampai kiamat. Kalaulah kita yang dipilih maka kitalah orang yam\ng paling beruntung.

Diri kita sendiri adalah Markaz. Jangan tengok kanan, tengok kiri. Kitalah yang kena buat. Kitalah yang kena bergerak. Semoga ALLAH SWT terima kita semua. Amin..
❤بسم الله الرحمن الرحيم.                                                 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وبارك وسلم كما تحب و ترضي بعدد ما تحب و ترضي يا كريم.                                              
🌹 O our Beloved Allaah on this Auspicious and Blessed night we beg You Our Beloved Creator and Master please solve all our problems and difficulties and remove all calamities,hardships and differences between us, unite us on Haq and help and guide us to make the right decision, guide us on the right path and keep us steadfast on swiratal mustaqeem at all times.
🌹 O our Beloved Allaah we beg You to fill our hearts with Your love Yaa Wadood
O The Most Beloved, grant us Your love,
love for the Qur'aan-e-Kareem
love for Deen-e-Islaam
love for Beloved Nabiy-e-Kareem
  صلى الله عليه وسلم.
Love for Sahaaba (Ridwaanullaahi Ta'aalaa Alayhim Ajmaeen)
love of those who love You who are Your Beloved ones  
and love for striving in Your Path.
🌹 O our Beloved Allaah, forgive all the deceased, save them from the torments and punishment of the grave,
fill their qabrs with Noor and make their qabars Garden of Junnuh,
grant them high stages in Junnatul Firdous
and through Your extreme Grace and Mercy bless them with Your Ridhaa.
🌹 O our Beloved Allaah Keep us steadfast on Swiraatal Mustaqeem
and Deen-e-Islaam and take us all from this temporary life to our eternal abode on our appointed times with perfect and complete iymaan and Aafiyah.
🌹 O our Beloved Allaah help and assist the weak and oppressed of the Ummah, grant shifa to all those who are ill, remove all illness of the body, mind and soul​ assist us in all our affairs and grant each and every one of the Ummah of Beloved Nabiy-e-Kareem
  صلى الله عليه وسلم
the best in Deen, dunyaa, Qabr and Aakhirah
🌹 O our Beloved Allaah our Beloved Khaaliq our Beloved Maalik Beloved Kareem do not deprive us of any of Your Bounty and Favours due to our sins. Include our names in the list of Your pious, righteous, grateful, obedient and Swalaah servants .
🌹 Yaa Kareem Yaa Raheem we beg You for forgiveness on behalf ourselves, our parents, spouses, children and entire Ummah of Beloved Nabee-e-Kareem
       صلى الله عليه وسلم
Please forgive us all our sins wether in action, speech or thoughts and as long as we live save and protect us from all types of sins.
 و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وبارك وسلم
 آمــــــــــين آمــــــــــين آمــــــــــين  يا رب العالمين   آمین يا رب العرش العظيم.❤

Thursday 26 April 2018

#NAJIB_BELI_NEGARA_ASING!

Asyik dengar Najib jual negara kepada China je kan? Naik bosan dan boring. Jom kita tengok Najib beli negara lain plak. 😝

Korang nak tau...kalau ikut sifir macai2 pembangkang, Malaysia dah beli UK, Singapore, Mexico, Mekah dan Turki uolssss....

Maklumlah...takat 14% pemilikan projek pada China macam Bandar Malaysia pun macai kata negara dah tergadai. Inikan pula projek2 milik Malaysia berikut:

1. Pembangunan Bandar Baru Battersea, UK.
Malaysia menjadi pelabur utama dan sedang memajukan dan membina bandar baru di atas tanah utama UK seluas 42 ekar. Malah terkini Malaysia bakal membeli Battersea Power Station dgn nilai 1.6 billion pound yang bakal menjadi sejarah urusniaga hartanah terbesar di bumi UK mengatasi pembelian Walkie Talkie Skyscraper oleh Hong Kong!
Punyalah gempak pembangunan bandar ni Malaysia buat sampai Apple Inc akan buka HQ depa di UK di Battersea. UK dah dijajah Malaysia uolsss....🤣🤣🤣🤣

2. Malaysia bakal membeli tanah2 di Mekah, Madinah dan Jedah. Nilai hartanah Mekah adalah yang paling tinggi di dunia malah nilai kaki perseginya lebih mahal dari New York. Juga Arab Saudi tidak pernah menjual tanah di Mekah dan Madinah kepada pihak luar. Malaysia adalah negara pertama yang dapat hasil hubungan baik DS Najib dgn King Salman. Gempak giler kan???
Saudi dah gadai Tanah Haram pada negara asing uolssss.... 🤣🤣🤣🤣

3. Marina One dan DUO adalah dua pembangunan ultra moden di Singapura. Ia dikenali sebagai Singapore Exchange. Projek ini dimiliki oleh Khazanah sebanyak 60% dan baki 40% dimiliki oleh Singapura melalui Temasek Holdings.
Gila wey!!!  Singapore dah gadai negara depa kepada kita. 🤣🤣🤣🤣

4. Lapangan terbang antarabangsa Turki Istanbul Sabiha Gokchen (ISG) kini adalah milik Malaysia.
Hangpa bayang...pintu masuk negara depa dimiliki oleh negara asing! Erdogan dah jual negara pada Najib kan? 🤣🤣🤣🤣
Cuba kalau China miliki KLIA2 takat 5%....habis wey....macai kata semua staf airport dari kakitangan kaunter sampai tukang cuci jamban adalah warga China dan cakap Mandarin je lepas tu. Polis pun polis Negara China (PRC) tau. 😝😝😝😝

5. Malaysia dah ada blok carigali minyak kat Gulf of Mexico guys....
Blok 6 ni cover kawasan seluas 559 km persegi, hampir 4/5 keluasan Singapura!
Memanglah pemilikan adalah 50:50 antara kita dan Ecopetrol milik Colombia, tapi kalau ikut sifir cai, Bandar Malaysia yg pada asalnya 14% projek milik China pun dah dikira jual negara. Apatah lagi 50% kan? 🤣🤣🤣🤣

6. Malaysia dah sign MOU dengan Indonesia untuk membangunkan Greater Jakarta uolsssss....
Dari nama pun dah tau. Greater Jakarta adalah sama dengan Greater KL iaitu projek pembesaran, pemodenan dan perluasan bandaraya kosmopolitan. Singapore Exchange sama dengan Tun Razak Exchange. Unsur2 penjajahan Najib amat jelas. Malaysia diberi kepercayaan utk majukan kawasan seluas 500 hektar dengan projek bernilai RM 3.5 billion! Jahat kan Najib? Indonesia pun kena ‘jajah’. 🤣🤣🤣🤣

Banyak lagi hartanah2, projek2 milik kita dan investment2  kita di luar negara uolssss....
Semua ni pelaburan2 maha strategik yang menjana keuntungan berbillion2 ringgit buat negara.

Zaman Atok dulu mana ada pelaburan strategik macam ni. Dia pi labur kat FOREX sampai bankrap Bank Negara Malaysia sebab 32 billion ringgit hangus. Atok pun rajin labur pada projek anak2 dia dan kroni. Bank Negara bankrap, tapi kroni2 Atok boleh beli Bank di Swiss. 🤣🤣🤣🤣

Beli Lotus dgn MV Augusta? Apa manfaat pada negara pun tak tau. Semua projek rugi. Berterusan Proton rugi dan langsung takde kemajuan dalam R&D. Balik2 ambik kereta Jepun, tukar lambang dan modify sikit2, lepas tu ngaku kereta nasional. Bila tak laku paksa kerajaan suntik modal untuk rugi lagi. Cam haram.....

😝😝😝😝

Sebarkan fakta ini

#BersatuBasmiFitnahCai

#NegaraKru

Monday 23 April 2018

*ASSALAMUALAIKUM*

*Ramai kata Tun M byk habiskan wang negara selama 22th jadi PM.* Nak tanya juga kat mereka tu. Wang negara Tun habiskan dari mana datangnya sedangkan sbelum *Tun jadi PM 1981* mana negara ini ada duit yg banyak utk Tun habiskan. Kalau Tun habiskan pastinya semua dlm senarai di bawah ni kita tidak dpt lihat sekarang.

22 Tahun Zaman Tun M

1. Proton
2. PLUS
3. Besraya Highway
4. NKVE
5. KESAS
6. Besarkan Seremban KL Highway
7. 2nd Link
8. KLIA
9. Jambatan PP
10. Litar Sepang
11. Kompleks Sukan Bukit Jalil
12. Putra LRT
13. Star LRT
14. Komuter
15. Monorel
16. ERL
17. Pembesaran Pasir Gudang Port
18. West Port
19. Tanjung Pelepas Port
20. Smart Tunel
21. KL Tower
22. Daya Bumi
23. Produa
24. Modenas
25. Putrajaya
26. Masjid Wilayah
27. Masjid Putra
28. UTP
29. UIA
30. UUM
31. MMU
32. Cyberjaya
33. KLCC
34. Langkawi
35. Puluhan Masjid2 baru
36. Ratusan Surau2 baru
37. Hospital2 baru
38. Puluhan Sekolah2 baru
39. Puluhan Balai Polis baru
40. Puluhan bangunan Kuaters Guru baru
41. Puluhan bangunan Kuaters baru utk kakitangan kerajaan.
42. PICC
43. Ratusan lagi
44. Dgn semua dibelanjakan utk semua diatas Tun masih mampu banyakkan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan kerajaan mampu byr gaji, tiada cukai gst bantuan subsidi bantuan rakyat termiskin dan juga dibidang pelajaran dan banyak lagi Tolong tambahkan jika saya tertinggal.

Semua dalam 22 tahun dan Tun skrg dah bersara 12 tahun. Apa projek mega dalam 12 tahun ini ketika bukan Tun M lagi sebagai PM? Ke mana duit2 negara selama 12 tahun dari Petronas (zaman Tun jauh lebih rendah kerajaan terima dari Petronas berbanding skrg) dan cukai2 yg dikutip kerajaan yg dikatakan jauh lebih tinggi berbanding yg pernah kerajaan kutip zaman tun?
Selepas tun m meletakan jawatan selama12 tahun, hutang negara bertambah hingga trillion aset negara dijual subsidi ditarik cukai gst setiap saat dikenakan kepada rakyat,dan banyak lagi peruntukan di tarik, tapi persoalanya mana pergi semua duit negara? Ajaibkan? Ada akal pakai bukan gadai.

*===============*
😀😀😀
*YC RAHIM*
*PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA*
*PH ROAD TO PUTRAJAYA*

Sunday 22 April 2018

PEMBUNUHAN IMAM PALESTIN: ISYARAT ZIONIS KEPADA KITA?

1. Dunia seolah-olah terhenti serta-merta di Malaysia apabila seorang Imam muda dari Palestin – dikenali sebagai Imam Dr. Fadi Al-Batsh – dibunuh sewaktu perjalanan mengerjakan solat Subuh.  Lebih tragis, beliau syahid meninggalkan seorang balu dengan tiga orang anak yang masih kecil.  Siapa yang mengarahkan pembunuhan ini dilakukan? Kenapa Imam Fadi menjadi sasaran? Apakah isyarat pembunuhan ini kepada kita?

2. Sememangnya tidak mustahil bahawa pembunuhan kejam ini didalangi ejen asing – khususnya ejen perisikan Israel Mossad – yang berjaya menyusup masuk ke negara kita seperti mana kenyataan Timbalan Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

3. Imam Fadi perlu diketahui bukanlah sebarangan imam.  Beliau juga adalah merupakan seorang pensyarah bidang Kejuruteraan Elektrik di sebuah IPT di negara kita dengan kelulusan Doktor Falsafah.  Beliau bukan sahaja sering diundang menjadi Imam solat Tarawikh pada bulan Ramadan, bahkan juga aktif memainkan peranan penting dalam usaha pengumpulan dana dari Malaysia untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.

4. Fakta ini jelas menunjuk ke arah satu kesimpulan yang tidak dapat dinafikan dengan mudah: Israel tentulah tidak selesa dengan kewujudan seorang insan yang begitu seimbang dari segi kehebatan rohani dan juga akalnya – apatah lagi berupaya menjadi ‘jambatan’ dalam menyalurkan dana dari Malaysia ke Palestin.  Masa yang dipilih juga menyokong hipotesis ini; bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan pastinya dana dari Malaysia bakal mencurah-curah disalurkan ke Palestin oleh Imam Fadi jika beliau tidak dihalang.

5. Selain daripada hipotesis ‘Imam Fadi sebagai penyalur dana dari Malaysia ke Palestin’, tentulah terdapat pelbagai andaian lain yang berkemungkinan membawa kepada berlakunya tragedi ini.  Adakah beliau mempunyai hubungan dengan Hamas? Adakah kepakaran Kejuruteraan beliau ada disalurkan ke Hamas lalu menjadi ancaman kepada rejim Zionis? Masih terlalu banyak pembuktian yang perlu dilakukan dan tugas ini kita serahkan kepada pihak berkuasa kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

6. Laporan setakat ini menyatakan bahawa dua pembunuh yang bertanggungjawab melepaskan sepuluh das tembakan terhadap beliau sudah pun menunggu selama 20 minit sebelum melakukan pembunuhan tersebut.  Berdasarkan jumlah tembakan yang sebegitu banyak tanpa sebarang petunjuk motif ragut atau rompakan yang jelas, pembunuhan sebegini amat mirip sekali dengan modus operandi ‘Targeted Killing’ atau ‘Pembunuhan Bersasar’ yang diamalkan oleh Israel sejak sekian lama.

7. ‘Pembunuhan bersasar’ ini dijalankan secara cekap melibatkan ejen Israel yang melakukan pembunuhan ke atas individu-individu berprofil tinggi mahu pun individu di balik tabir yang bergiat mengancam kedudukan strategik rejim Zionis.  Mereka menyusup masuk melangkaui kedaulatan negara asing dan menjalankan pembunuhan kejam.

8. Menurut rekod, ‘Pembunuhan bersasar adalah suatu bentuk serangan ketenteraan Israel yang paling signifikan dan kerap’ di mana ia bukan sahaja merupakan aktiviti keganasan, tetapi juga ‘alat politik’ untuk mengukuhkan kawalan ke atas penjajahan mereka di Palestin.

9. Israel sememangnya tidak segan sama sekali untuk melakukan pembunuhan di luar negara demi melindungi survival negara haram mereka.  Contoh yang paling jelas ialah pembunuhan berturut-turut dua pemimpin Hamas di Palestin iaitu Syeikh Ahmed Yasin dan juga Dr. Abdul Aziz Rantisi.

10. Sebelum 2001 Israel menafikan bahawa mereka mengamalkan polisi hukuman bunuh tanpa perbicaraan sebegini.  Hanya apabila Intifada Kedua meletus mulai November 2000 barulah mereka mengakui ada menjalankan ‘pembunuhan bersasar untuk pencegahan’ (preemptive targeted killing’.  Sebenarnya sejak tahun 1950-an lagi Israel telah pun dituduh menjalankan operasi haram sebegini di luar wilayah jajahan mereka.

11. Keputusan untuk menjalankan pembunuhan sebegini telah diperkenalkan kembali oleh Ariel Sharon. Mahkamah Israel tidak lagi terlibat dalam memutuskan sebarang keputusan pembunuhan bersasar ini sebaliknya terletak sepenuhnya pada budi bicara Perdana Menteri Israel dan badan perkhidmatan rahsia Israel, Shin Bet.

12. Setakat ini terdapat tiga fakta besar yang sama sekali tidak dapat ditolak: Imam Fadi tidak diketahui sebagai seorang yang bermusuh dengan sesiapa; pihak yang paling ‘beruntung’ dengan kematian beliau ialah rejim haram Zionis; modus operandi ‘pembunuhan bersasar’ sebegini bukanlah asing bagi Zionis.

13. Kita wajib mendoakan semoga pasukan penyiasat PDRM berjaya menghadapkan pembunuh Imam Fadi ini ke muka pengadilan dan pembunuh berhati binatang ini menerima pembalasan yang setimpal.  Sekiranya kelak dibuktikan bahawa sememangnya wujud campurtangan asing dalam kes ini – terutama sekali Mossad Israel – maka ia merupakan isyarat jelas bahawa rejim haram tersebut telah menceroboh kedaulatan negara kita dan wajar diberi pengajaran yang bukan sebarangan.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Friday 20 April 2018

👍🏻👍🏻✨
KISAH GURU DI MAKI HAMUN.

Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada sang guru.

Sang guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.

Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yang melihat peristiwa itu lalu bertanya, "Mengapa guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"

Beberapa saat kemudian, maka sang guru bertanya kepada si murid,

*"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapakah pemberian itu?"*

*"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi." jawab si murid.*

"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu." balas sang guru.

"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. *Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat; kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup."*

Kemudian, sang guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yang ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, *jika di luar sana ada orang yang marah-marah kepadamu... Biarkan sahaja… Kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau hiraukan, bererti engkau menerima sampah itu."*

*"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, ego dan sebagainya).*

Oleh itu, *jadilah kita seorang yang BIJAK bukan SAMPAH."*



Sang guru meneruskan *nasihatnya :*

"Jika engkau tak mungkin memberi, *janganlah mengambil."*

"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, *janganlah membenci."*

"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, *janganlah membuatnya bersedih."*

"Jika engkau tak mampu memuji, *janganlah mengeji."*

"Jika engkau tak dapat menghargai, *janganlah menghina."*

"Jika engkau tak suka bersahabat, *janganlah bermusuhan."*

*Kalam Ulama*