Monday 12 October 2015



Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Bank Negara telah menyiasat 1MDB di bawah ECA atas dakwaan dengan sengaja atau dengan melulu, membuat kenyataan palsu.

Kertas siasatan itu telah dikemukakan pada 21 Ogos.

Bagaimanapun, Timbalan Peguam Cara Negara 1 Datuk Abd Majid Hamzah memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh 1MDB dan tiada tindakan lanjut perlu diambil, kata kenyataan itu.

Kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan itu dimaklumkan kepada Bank Negara pada hari yang sama.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara membuat permintaan supaya keputusan itu disemak semula tetapi selepas menimbangkan permintaan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusannya kerana tidak ada bukti baru yang telah diberikan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata, keputusan peguam negara berkenaan dengan siasatan terhadap 1MDB berkaitan dengan syor Bank Negara untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran di bawah ECA.

Bank Negara berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan

No comments:

Post a Comment