Tuesday 20 October 2015

JEREBU : Senarai Sekolah Cuti Rabu, 21 Oktober 2015


20 Okt - Sebelum ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan penutupan sekolah pada Isnin (19 Okt) dan Selasa (20 Okt) di beberapa kawasan di Malaysia berikutan jerebut kuat yang melanda.

Hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sekali lagi mengumumkan penutupan sekolah di beberapa kawasan pada esok (Rabu, 21 Okt) berikutan jerebu yang masih belum reda.

Sekolah yang terlibat adalah :

  • Negeri Selangor
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu (Sarawak)
  • Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan Tanjung Malim (Perak)
  • Kuala Muda / Yan (Kedah)
Penutupan ini melibatkan sejumlah 2,528 sekolah dan seramai 1,734,668 orang pelajar. - Siakapkeli.my




Blogger ( 0 ulasan )
Facebook (0 comments)
©2014 Siakapkeli

No comments:

Post a Comment