RAWANG - Lebih sebulan pengadang jambatan di Kundang yang rosak selepas dilanggar lori tidak dibaiki dan mengundang bahaya kepada pengguna lain.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Kundang, Jackie Foo berkata, pihaknya telah membuat aduan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) namun masih tiada tindakan diambil.
"Seorang penunggang motosikal cedera selepas terjatuh ke sungai akibat terbabas beberapa minggu lalu. JKR ada datang buat pemeriksaan tapi tiada sebarang langkah awal diambil apatah lagi pembaikan sedangkan laluan itu digunakan lebih 500 kenderaan sehari untuk ke Batu Arang dan Rawang.
“Jalannya yang sempit membahayakan kenderaan ringan kerana laluan kerap digunakan kenderaan berat dari kawasan industri dan kuari.
“Kami hanya mampu pasang pita garisan sebagai amaran kepada pengguna tapi ia perlu disertakan dengan pembaikan segera bagi mengelak insiden tak diingini berlaku,” katanya.
Menurutnya, beberapa tahun sebelum ini sebuah lori pasir terjunam ke sungai disebabkan jambatan sempit.
“Jambatan itu sudah puluhan tahun wujud dan kini jumlah kenderaan bertambah. Kita pernah mohon pelebaran tapi tiada tindakan dan bila adu kerosakan juga tidak dibaiki. Kami berharap tindakan segera diambil dan naik taraf dilakukan bersesuaian dengan jumlah penggunaannya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment