Skip to main content Dapatkan BH Plus. Langgan Sekarang. Log Masuk Langgan BERITA Utama Semasa Politik Sukan Dunia Bisnes Jenayah Kolumnis Rencana BH@IT Hiburan Foto Video MEDIA SOSIAL Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Zarina Anjoulie KHAMIS, 22 OKTOBER 2015 - 7:57PM MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Zarina Anjoulie (dua dari kanan) kerana gagal hadir pada perbicaraan kes dadah yang dihadapinya. - Foto Ghazali Kori PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie kerana gagal hadir pada perbicaraan kes dadah yang dihadapinya. Majistret Mohd Nazri Omran membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Zarina, nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29. Ini berikutan Zarina gagal hadir kali ketiga tanpa alasan sejak 31 Julai lalu selepas mahkamah memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan itu. Siti Fatimah berkata, pihaknya juga memohon waran tangkap itu kerana tindakan tertuduh telah membuang masa dan kos mahkamah. Mahkamah menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes bagi penjamin memastikan kehadiran Zarina ke mahkamah pada tarikh itu. "Tarikh itu adalah ruang terakhir kepada penjamin bagi memastikan tertuduh hadir. Jika gagal berbuat demikian mahkamah akan merampas wang jaminan," kata Majistret Mohd Nazri. Sementara itu, penjamin kepada Zarina yang enggan mendedahkan namanya kepada media, memberitahu mahkamah bahawa dia gagal menghubungi pelakon itu kerana dia dan Zarina hanya kawan biasa dan kali terakhir berjumpa beberapa bulan lepas selain sukar menghubungi Zarina kerana sering bertukar nombor telefon bimbit. "Tertuduh sebelum ini sering bertukar peguam bagi mewakilinya dalam kes itu. Bagaimanapun, peguam baharu yang sepatutnya mewakili pelakon itu juga tidak kelihatan," kata Siti Fatimah. Hari ini, pelakon kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu yang terkenal dengan drama bersiri 'Anak Pontianak' sepatutnya memberi keterangannya. Sementara itu, rakan Zarina, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29, yang didakwa bersama-sama artis itu hadir ke mahkamah. Zarina dan Mohamad Fakhruzaim didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis itu. Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Narkotik Damansara di sini pada 8.10 malam, 30 Disember 2012 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000, jika sabit kesalahan. - BERNAMA DISYORKAN Baim Wong berniat memperisterikan saya - Elfira Loy Ummu Jah meninggal dunia Isytihar Bukit Bintang kawasan pelancongan sosial Bajet 2016: Bonus pembakar semangat kakitangan awam Recommended by DISYORKAN Mahkamah bebas ibu Ummi Nazeera Ummu Jah meninggal dunia Najib ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Jaafar Onn Kisah sebenar tragedi kehilangan murid Orang Asli Baim Wong berniat memperisterikan saya - Elfira Loy DARI SELURUH LAMAN WEB Memphis Depay must not follow Angel Di Maria, Falcao fate -… (ESPN) Meet Angelina Jolie's Shiloh! (Smartparents) Bangkok Motor Show 2015: Cool cars and hot babes (HardwareZone) Cara Untuk Menyediakan Nasi Tomato (HungryGoWhere) TPP : US desire to keep China in check behind 11th hour deal (Nikkei Asian Review) Recommended by Kembali ke atas Hak Cipta Terpelihara © 2014 - BH Online New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) Versi Desktop
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90917?m=1
No comments:
Post a Comment