KUALITI
Allah Swt. berfirman, “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholeh dan nasehat-menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.” (QS. Al ‘Ashr [103] : 1-3)
Kita senang dengan segala hal yang berkualiti. Makanan yang enak dan lezat itu makanan yang berkualiti. Kita senang dengan pakaian yang berkualiti, nyaman dipakai. Kita pun senang saat shalat berjemaah dipimpin oleh imam yang bacaannya berkualiti, menambah kekhusyuan kita. Dan, kita pun senang berbelanja di tempat yang berkualiti, tidak hanya barang yang dijualnya memiliki kualiti yang baik, namun juga pelayanannya berkualiti.
Islam adalah agama yang sempurna. Islam mengajarkan agar kita melakukan tindakan yang berkualiti, ucapan yang berkualiti. Tidak hanya yang nampak, namun juga yang tidak nampak.
Islam mengajarkan agar kita bertindak secara berkualiti tidak hanya ketika menghadap Allah Swt. dalam praktik ibadah-ibadah kita semata. Namun, Islam mengajarkan agar kita berkualiti dalam setiap tindakan kita sehari-hari. Rasulullah Saw. adalah pribadi yang paling berkualiti, sehingga beliau mampu mengubah dunia. Sebagai umat Rasulullah Saw., maka kita pun boleh memiliki peribadi seperti beliau, menginspirasi dan mengubah, jikalau kita menjaga setiap perbuatan kita agar berkualiti.
Bagaimana supaya setiap ucapan dan perbuatan kita berkualiti? Yakinilah bahwa tak ada hal sekecil apapun yang kita lakukan, kecuali pasti akan dimintai pertanggungjawabkannya di hadapan Allah Swt. Jikalau kita sungguh-sungguh meyakini hal ini, maka in shaa Allah, ucapan dan perbuatan kita akan terpelihara.
Keyakinan ini akan membuat kita berfikir sekian kali sebelum berkata buruk pada orang, menghitung sekian puluh kali untuk berbuat curang, menipu, mengkhianati amanah. Sebaliknya, yang akan lahir ialah kita akan semakin bersemangat untuk mempersembahkan yang terbaik dan berkualiti. Semakin kita melakukan yang terbaik, maka semakin berkualiti pula hal yang akan kita terima. Mengapa? Kerana hakikatnya apa yang kita lakukan akan kembali kepada diri kita sendiri.
Maka, sebagai apapun rancangan kita di dunia ini, lakukanlah dengan kualiti terbaik. Sebagai ayah, jadilah ayah yang berkualiti. Sebagai anak, jadilah anak yang berkualiti, sebagai suami atau istri, jadilah pasangan yang berkualiti. Sebagai pekerja, jadilah perkerja yang berkualiti. Jadilah peribadi yang berkualiti bermula dari hati, ucapan dan perbuatan.
In shaa Allah, peribadi yang berkualiti adalah peribadi yang dicintai oleh Allah Swt.
No comments:
Post a Comment