Sunday 18 October 2015

di Kuala Lumpur, saya tak mahu orang Melayu sinonim dengan kawasan-kawasan yang bertaraf setinggan dan marhaen.
"Saya nak Melayu di Kampong Bharu dilihat sebagai komuniti yang maju dan kedudukan ekonomi dan status sosial yang dibanggakan.
"Kita ada Petaling Street dan Brickfields. Kita nak tengok orang Melayu sebagai komuniti yang berjaya," kata Najib dalam ucapannya di Majlis Mesra Rakyat, Kampung Baru, Legasi Baharu hari ini.
Najib yang juga presiden Umno turut mengingatkan agar penduduk Kampung Baru tidak mudah menjual tanah milik mereka memandangkan nilai tanah di kawasan tersebut semakin meningkat.
"Saya percaya mereka yang mempunyai lot-lot tanah akan mendapat faedah sebab nilai tanah akan naik.
"Jangan la mudah jual tanah sebab ia akan sampai ke tahap jauh lebih tinggi dengan konsep pembangunan yang dibawa kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Najib turut menyempurnakan Majlis Pecah Tanah bagi Projek Perumahan Legasi Kampung Baru.
Ia merangkumi pembinaan 30 tingkat bangunan premis perniagaan dan 41 tingkat perumahan mampu milik yang dirangka bawah rancangan Pusat Bandar Kampung Baru (KBCC).
Menteri kewangan itu juga meluluskan konsep reka bentuk pintu gerbang dan tanaman yang akan ditanam di taman awam di sekitar kawasan itu.
“Kita ada dua projek yang bermakna. Satu, pintu gerbang masuk Kampung Baru, saya sudah luluskan konsep dan reka bentuk.
"Saya sendiri pesan jenis pokok-pokok besar jenis tempatan Malaysia dan laluan penjalan kaki menghubungkan KBCC dan KLCC, tak jauh hanya 350 meter,” katanya sambil mendapat tepukan ribuan penduduk di situ.
Sementara itu Bernama melaporkan perdana menteri berkata pusat bandar itu akan mempunyai pejabat, hotel, kawasan persiaran dan infrastruktur moden lain.
Selain itu, pembangunan lain yang dirancang termasuk pembinaan pusat kraftangan dan kesenian Melayu, pembinaan pintu gerbang yang menjadi identiti Kampung Baru dan pelebaran laluan.
"Pembangunan yang dirancang termasuk pembinaan bandar dalam taman supaya ia menjadi bandar lebih selesa dan selamat selain pembinaan tiga taman rekreaksi," katanya.
Dalam pada itu, perdana menteri bersetuju dengan cadangan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru Datuk Affendi Zahari supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memindahkan pusat pentadbirannya di Jalan Raja Laut ke Kampung Baru.
"Saya rasa ini cadangan baik dan saya tidak ada halangan dan saya beri sokongan," kata Najib yang bagaimanapun berpendapat keputusan mengenai perkara itu bergantung kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
13

No comments:

Post a Comment