Thursday 22 October 2015

#copypaste

Tun Dr Mahathir Mohamad

Dari cara serangan Tun bertalu-talu terhadap kem Dato Seri Najib Razak bagi pandangan aku tak lain tak bukan memang misinya hanya untuk menjatuhkan Najib Razak dari terus memerintah Malaysia. Kenapa perlu positif dengan serangan Tun terhadap Najib? Segelintir yang negatif beranggapan bahawa Tun mempunyai kepentingan tertentu sehingga terlalu beriya hendak jatuhkan Najib Razak. Kepentingan apa?

Jambatan bengkok? Kalau Tun marah pasal kes jambatan bengkok, apa yang masalahnya? Benda tu sangat baik untuk Johor dan Malaysia. Tun pernah memerintah Malaysia, pandangan dia tentang Malaysia dari sudut pandangan pemerintah jangan lah kalian samakan dengan pandangan korang yang memimpin sekumpulan org pun tidak pernah.

Tun harap duit projek? Aku rasa Tun dah habis kaya dah pun dengan anak-anaknya lagi yang dah berjaya. Itu bukan poin yang baik. Sebelum pandang dari sudut negatif, aku suka nak korang pandang yang positif. Contohnya, zaman Tun lagi Tun dah letakkan misi Malaysia. Menuju wawasan 2020. Jujur aku tanya korang, siapa yang zaman tu tak fikir yang tahun 2020 kita akan nampak kereta terbang? Rasa semua yang bekerja nanti ialah robot? Terasa Malaysia sangat gah dlm ketenteraan? Terbayang kecanggihan di Malaysia? Ini belum cerita tentang Misi pandang ke Timur dan lain-lain lagi yang Tun bawa. Nampak tak? Pemimpin melayu Islam yang cuba alihkan perhatian sesebuah negara daripada melihat Barat sebagai contoh. Dan menjadikan Jepun sebagai negara contoh utk kita contohi.

Korang boleh bayangkan tak seorang Pemimpin yang di hormati Kawan dan Lawan, yang di angkat sebagai Hero oleh sejumlah umat Islam seluruh dunia, yang menggerunkan kuasa Barat, yang salah satunya Pemimpin Dunia yang berani secara terang mempertahankan bangsanya, lantang membidas yahudi dan kuasa Barat, yang keras mempersoal tentang anti semitik, org yang lawan dan juga kawan pada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, apa Tuan Guru bercakap tentang kebaikan Tun? Pemimpij yang lantang melawan Yahudi dan walaupun Negeri Kelantan di"jajah" pembangkang tapi Tun tetap berikan peruntukan ratusan juta buat Kelantan. Siapa yang tahu? ini kah_ manusia yang sebenarnya perosak pada negaranya?

Sahabat, Tun membesar asalnya dari kampung. Jasanya sepanjang jadi doktor juga sangat hebat dalam membantu bangsanya yang miskin yang ingin dapatkan rawatan di kliniknya. Pemimpin yang kerap bercerita tentang nasib bangsa, menangis kerana mengenang nasib bangsa, berdiri tegak mempertahankan kuasa besar menghina bangsa kita. Orang yang sangat marah apabila Pulau Batu Putih dapat pada Singapura! Orang yang keras mendapatkan balik hak-hak negara kita dari Britain sewaktu mula-mula jadi Perdana Menteri sehingga satu dunia terkejut dengan keberanian beliau dan menyifatkan tindakan beliau merupakan "Serangan Subuh yang dasyat"..

Orang yang digelakkan oleh suara ramai  kerana memberi cadangan untuk Malaysia cipta kereta sendiri. Di gelakkan kerana merasakan cadangan beliau buat negara kecil ini terlalu mustahil. Di ketawakan oleh Singapura kerana mewujudkan Litar Lumba di Sepang. Di cemuh oleh kebanyakan negara yang memilih IMF sebagai tempat bergantung ketika ekonomi menjunam pada tahun 1998, dan akhirnya tindakan berisiko beliau diiktiraf kebanyakan negara dan menjadi tumpuan dunia.

Orang berwawasan ini kah yang kalian tuduh perosak Negara? Memporak perandakan Negara? Percayalah, kerana sayangkan negara lah beliau minta Tun Abdullah letak jawatan, kerana sayangkan negara lah beliau berkeras untuk turunkan Najib. Dan kerana beliau sayangkan negara juga lah beliau letak jawatan!

Berapa banyak kebaikan yang dibuatnya tanpa pengetahuan ramai untuk negara tercinta ini.. Sehingga Malaysia disegani di seluruh dunia. Aku percaya, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang buat kebaikan tapi tidak didendangkan pada rakyat. Kerana bagi dia, ini tugasan dan tanggungjawab dia. Sedang rakyat pula, cukup lah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan fokus pada kerjaya sendiri.

Semoga Allah bukakan segala kebaikan yang tersembunyi.. Ini sekadar pandangan peribadi aku..

Apa wawasan Najib buat negara?

No comments:

Post a Comment