SAMA ada hendak teruskan atau tidak? Itulah yang menjadi persoalan kepada gadis dan wanita muda hari ini apabila mereka disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan terlarang.
Malah ada yang berkira-kira hendak dibesarkan, bapanya tiada. Si ibu pula mungkin masih di bawah umur atau berada di bawah tanggungan ibu bapa.
Pelbagai persoalan timbul dalam benak fikiran mereka bagaimana untuk berterus-terang. Jika diberitahu bimbang akan di marah atau dihalau dari rumah. Kalau dihalau ke mana arah tuju untuk berlindung? Jadi apa pilihan untuk golongan ini yang masih belum bersedia menjadi ibu muda?
Persoalan inilah menunjukkan mereka yang mengandung anak luar nikah tidak bersedia untuk berhadapan dengan keadaan tersebut. Namun sebagai ibu bapa bersediakah kita dari aspek mental dan fizikal untuk berdepan dengan situasi yang melanda anak kita hari ini?
Andai kata anak yang disayangi bagai menatang minyak yang penuh datang memberitahu, dia telah mengandung disebabkan terlanjur dengan teman lelaki apa agaknya respons kita sebagai orang tua? Adakah dengan menghukumnya atau mencari jalan penyelesaian berdepan dengan dugaan ini?
Fungsi baby hatch
Bagi masyarakat Islam, berzina, mengandung anak luar nikah, membuang atau membunuh anak kecil yang tidak bersalah itu adalah dosa yang perlu ditanggung oleh individu tersebut. Disebabkan itu, masyarakat sering mencari punca berlakunya masalah ini tetapi jarang memperkatakan tentang cara menanganinya.
Kita jarang memperkatakan tentang cara untuk menangani kes sebegini, ini menyebabkan ramai yang tenggelam punca bila ia berlaku. Bukan si gadis atau si jejaka itu sahaja yang tenggelam punca, ibu bapa mereka juga sama.
Jadi jalan penyelesaiannya adalah mereka akan mengambil jalan singkat dengan si lelakinya akan bersikap lepas tangan kerana tidak mahu bertanggungjawab manakala si wanita pula akan meneruskan kandungan tetapi membuang atau membunuh bayi yang tidak berdosa.
Disebabkan perlakuan sebegini maka masalah keterlanjuran dan pembuangan bayi seakan-akan tidak pernah berkurangan. Umum mengetahui dengan kewujudan pusat perlindungan wanita dan baby hatch oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) antara penyelesaian terbaik.
Semua ini boleh membantu anak gadis, wanita dan ahli keluarganya apabila berdepan dengan kes sedemikian.
Apa yang lebih penting bentuk sokongan seperti ini berjaya mengelakkan bayi itu dari terus di buang di tempat yang tidak sepatutnya seperti di dalam semak, longkang, lubang tandas, mahupun dalam tong sampah
. Ikuti kupasannya mengenai pengalaman mangsa dan pandangan pakar mengenai kes terlanjur buang anak.

Bina jambatan kasih ibu bapa dan anak
Ramai berpendapat mendidik anak-anak tidak memerlukan kemahiran dan ilmu. Proses mendidik datang secara semula jadi hasil daripada pemerhatian mereka kepada cara mereka dididik dan dibesarkan dahulu.
Ada beranggapan mereka perlu mendidik anak sama seperti ibu bapa mereka mendidik mereka. Atau mendidik secara sebaliknya bila merasakan cara ibu bapa mendidik mereka tidak berkesan. Namun persoalannya, masih sesuaikah gaya didikan dahulu untuk dipraktikkan pada zaman serba mencabar yang sudah berubah ini?
Bagaimana pula untuk menangani konflik atau masalah yang timbul antara ibu bapa dan anak-anak?
Anak-anak pada zaman kini semakin kritikal dan kritis pemikiran mereka berbanding dengan anak-anak di zaman dahulu. Mereka semakin terdedah dengan pelbagai maklumat yang selalu memberi ancaman kepada pemikiran, gaya hidup dan pegangan mereka.
Dalam keadaan ini, ibu bapalah yang patut mengawal anak-anak. Jangan dibiarkan mereka terleka dengan dunia siber itu. Kita mahukan generasi yang penuh dengan nilai dan sifat kemanusiaan, bukannya generasi yang terikut dengan perintah teknologi.
Berikut adalah tip untuk memperbaiki hubungan dan menyelesaikan konflik antara dua generasi itu:
Seimbangkan masa anda
Sering kali pihak ibu atau bapa terlepas pandang situasi ini. Mereka beranggapan keselesaan dan kemewahan adalah prioriti kepada kehidupan masa kini. Bagi anak-anak yang naif pula, kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu setiap hari, terutamanya bagi anak-anak yang masih kecil.
Sudahnya, kebanyakan masa mereka dihabiskan di hadapan televisyen atau komputer, sekadar menghabiskan masa tanpa sebarang hasil positif. Maka, gajet IT akan menggantikan peranan ibu bapa mereka, menjadi tempat bertanya, tempat mencurahkan perasaan, tempat berhibur, dan medium untuk mengenali dunia yang belum lagi mereka kenali.
Kawal emosi
Ibu bapa yang hebat bukan hanya gah daripada segi jawatan, kerjaya, atau pendidikan. Kepintaran intelek boleh menjadi aset untuk menjadi hebat di mata anak atau masyarakat, tetapi lebih penting daripada itu ialah kepintaran emosi.
Kepintaran emosi akan memandu ibu bapa cara mengendalikan emosi marah, sedih, kecewa, bimbang, dan pelbagai emosi negatif lain secara rasional.
Amalkan corak komunikasi terbuka
Ramai ibu bapa yang menafikan hak anak mereka untuk bersuara. Bagi mereka, “buka mulut” atau menjawab menandakan anak mereka itu tidak taat. Anak yang cuba untuk berkata-kata pastinya kecewa dengan respons daripada ibu bapa mereka. Mereka akhirnya terpaksa pendam sahaja perasaan.
Tindakan ini pastinya tidak akan menyelesaikan masalah, malah menambahkan lagi konflik yang sedia ada.
Berikan ruang untuk mereka bercerita dan meluahkan perasaan. Semakin mereka membesar, semakin kompleks perasaan atau emosi mereka. Emosi yang tidak dibimbing akan membawa kepincangan kepada personaliti mereka. Benarkan mereka meluahkan apa yang terdetik di hati. - Dr Siti Marziah Zakaria
Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

PENGAKUAN 1: Jadi mangsa abang kandung
Tidak semua yang berlaku atas kehendak diri sendiri. Peristiwa hitam yang terjadi dalam hidup saya kira-kira tiga tahun lalu tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Sebolehnya saya mahu melupakan peristiwa itu tapi kadang-kadang dia datang dengan sendiri.
Ramai yang bertanya kenapa saya jadi matang dari usia sedangkan umur baru menginjak 18 tahun. Jawapan saya mudah iaitu apa yang ALLAH tetapkan ada hikmah tersembunyi.
Semuanya bermula apabila saya dirogol oleh abang kandung sendiri ketika tidur di ruang tamu. Ketiadaan ibu dan ayah pada malam itu membuka peluang kepada abang.
Peristiwa yang terjadi pada malam itu tidak diceritakan kepada ibu dan ayah. Sehinggalah saya berasa tidak selesa kerana kerap demam.
Bimbang dengan keadaan saya ketika itu, ayah membawa ke klinik. Pemeriksaan doktor amat mengejutkan saya apabila disahkan mengandung dua bulan.
Pada masa itu saya bagaikan terpaku seketika ditambah lagi saya bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ayah tidak mahu saya meneruskan persekolahan lagi. Dia telah berkira-kira untuk menghantar ke rumah perlindungan wanita buat sementara waktu.
Saya dengan rela hati mengikut cadangan ayah demi masa depan anak yang dikandung ini. Di rumah perlindungan ini saya banyak belajar ilmu agama dan pengurusan diri.
Di sini bukan saya sahaja yang teraniaya dan dari situlah saya mula berfikiran positif. Hari demi hari akhirnya anak yang dikandung telah selamat dilahirkan. Pertama kali menatap wajah anak kecil yang tidak bersalah itu membuatkan saya menangis.
Ini kerana anak kecil itu akan diserahkan kepada keluarga angkat yang telah bersetuju untuk menjaganya ketika kandungan saya mencecah lapan bulan. Saya sempat menyusukannya selama lima hari sahaja sebelum diserahkan secara rasmi kepada keluarga angkat.
Hanya ALLAH tahu perasaan saya. Demi masa depannya saya reda. Saya menganggap saya masih lagi bertuah kerana dapat melahirkan anak dengan selamat dan ada yang ingin menjaganya.
Sekurang-kurangnya saya dijauhkan dari terus melakukan dosa seperti wanita lain yang melahirkan anak luar nikah dan membuangnya sesuka hati.
Kini anak perempuan yang dilahirkan dari rahim saya itu telah pun mencecah usia tiga tahun dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh keluarga angkat.
Saya juga kini telah pun mendirikan rumah tangga dan bersyukur suami dapat menerima kekurangan diri saya. Abang juga telah menerima balasan setimpal dengan menjalani hukuman penjara. - Zana, 18
PENGAKUAN 2: Terima kasih Ya ALLAH
Cinta itu buta. Itu antara ungkapan yang sering diucapkan anak muda semasa menjalin hubungan cinta sehingga tidak nampak apa yang akan terjadi suatu hari nanti akibat tindakan mereka itu sendiri.
Pengalaman diri sendiri banyak membuatkan saya jadi lebih matang dan sebolehnya tidak mahu ingat lagi peristiwa lalu yang pernah membuatkan saya mengambil tindakan melulu tanpa memikirkan akibat kemudian hari.
Pada usia awal 20an pengalaman bercinta memang sangat indah. Saya berkenalan dengan teman lelaki pun melalui seorang rakan. Memang awalnya dia seorang lelaki yang boleh dipercayai. Namun dalam tempoh enam bulan berkenalan barulah saya tahu sikap sebenarnya.
Suatu hari ketika sambutan majlis hari jadi rakannya yang diadakan di tepi pantai, saya langsung tidak menjangka akan menjadi mangsa rakusan teman lelaki dan rakannya. Mungkin mereka telah merancang lebih awal lagi untuk mengenakan saya.
Malam itu saya menjadi mangsa rogol beramai-ramai dan rayuan saya langsung tidak diendahkan oleh mereka. Selepas kejadian itu saya terasa perubahan pada diri. Apabila membuat pengesahan kehamilan saya memang mengandung.
Walaupun teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab saya nekad untuk meneruskan kandungan. Cukuplah dosa yang saya buat sebelum ini.
Disebabkan saya anak yatim piatu dan hanya mempunyai seorang kakak, saya dengan rela hati membuat keputusan untuk mendaftarkan diri di rumah perlindungan wanita.
Saya boleh belajar banyak perkara baru terutama memperbaiki sahsiah diri dan ilmu agama.
Sepanjang tujuh bulan tinggal di sini saya rasa satu kepuasan dan berterima kasih kepada ALLAH kerana masih diberi peluang untuk perbaiki diri. Saya bersyukur masih mendapat tempat yang sesuai untuk berlindung dan membesarkan anak dalam kandungan dengan sempurna.
Jika tidak mendapat peluang ini mungkin saya juga salah seorang wanita yang akan membuang bayi yang tidak berdosa dalam tempoh dua bulan akan datang. Kini saya juga takut apabila didekati golongan lelaki.- Sarah, 23
PENGAKUAN 3: Kebebasan jerat diri sendiri
Saya dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna. Disebabkan sikap saya yang suka kebebasan telah memakan diri sendiri. Semuanya bermula apabila saya tinggal di asrama.
Betullah kata ibu jangan salah pilih kawan kerana akibatnya akan binasakan diri. Masa itu saya anggap perkara itu remeh.
Saya akui sepanjang dua tahun di asrama semua perkara yang sebelum ini saya tidak boleh buat, saya dapat lakukan. Malah dapat juga merasai pengalaman cinta monyet. Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya jadi makin ligat.
Berkenalan dengan Zul (bukan nama sebenar) banyak mengubah kehidupan saya menjadi lebih dewasa. Saya sudah mula mengenali kelab malam dan bersosial tanpa had.
Kedua ibu bapa juga sudah puas menasihati tapi bagaikan menuang air ke daun keladi. Semasa dengan Zul, saya jadi tidak kisah jika dia hendak memuaskan nafsunya. Dia berjanji hendak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa pada diri saya.
Suatu hari berlaku pendarahan sehingga saya terpaksa menerima rawatan susulan. Semasa di klinik doktor mengesahkan saya mengandung tiga bulan. Zul yang menemani saya pada waktu itu diam tidak terkata.
Dia berjanji akan jaga saya sehinggalah selamat melahirkan anak itu. Saya cukup gembira kerana dia tidak lepas tangan. Saya sudah tidak pulang ke rumah malah turut menipu orang tua dengan menyatakan bekerja di sebuah kilang.
Cukup sembilan bulan saya mula sakit hendak bersalin dan akhirnya bersalin di rumah sewa secara bersendirian. Selepas melahirkan anak itu, Zul tidak mahu saya menjaganya dan menyuruh saya menyerahkan kepada sesiapa sahaja.
Tidak mahu rahsia kami terbongkar, kami telah meninggalkan bayi lelaki yang sempurna sifatnya di satu lokasi.
Selepas itu, Zul pula terus menghilangkan diri. Tidak tahu ke mana hala tuju, saya akhirnya menyerah diri ke rumah perlindungan wanita hinggalah ke hari ini. - Nadia, 20

ARTIKEL BERKAITAN
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment