Friday 16 October 2015

MESTI BACA !!! - - PERINGATAN APABILA BERADA DI STESYEN PETROL

Tahukah anda mengapa penggunaan telefon tidak dibenarkan di stesyen minyak.

Syarikat minyak Shell baru2 ini memberi amaran  setelah 3 insiden yang berlaku ketika pelanggan mengisi petrol.

Kes 1 - Telefon diletak diatas bonet kereta semasa mengisi minyak. Telefon berbunyi dan tercetuskan kebakaran yang memusnahkan kereta tersebut dan sebuah pam minyak.

Kes 2 - Pelanggan mengalami kebakaran teruk dimuka akibat kebakaran yg tercetus apabila dia menjawab panggilan ketika mengisi petrol.

Kes 3 - Seorang individu telah mengalami kebakaran teruk pada bahagian bawah pinggang akibat telefon di dalam kocek seluar yang berbunyi semasa beliau sedang mengisi petrol.

Sila ambil perhatian :
Telefon mampu menyalakan petrol /gas. Telefon yang menyala apabila di 'on' atau berdering mampu mengeluarkan tenaga yang cukup untuk mencetuskan 'spark' bagi menyalakan api. Elak penggunaan telefon di stesyen petrol.

4 peringatan ketika isi petrol:
1. Off injin kenderaan.
2. Jangan merokok.
3. Elak penggunaan telefon.
    Tinggalkan telefon dalam
    kenderaan atau  'off' terus.                     4. Elak masuk semula dalam
    kenderaan ketika mengisi.

Satu kajian yang melibatkan 150 kes merumuskan beberapa fakta berikut :

1) Dalam 150 kes kajian semua mangsa adalah wanita.

2) Hampir dalam semua kes ia melibatkan mangsa masuk semula kedalam kereta ketika muncung pam masih mengisi petrol. Setelah habis mereka keluar semula untuk mencabut muncung pam dan tercetus api akibat cas statik.

3) Kebanyakannya memakai kasut berpelapik getah.

4) Kebanyakan lelaki tidak masuk semula ke dalam kereta sehingga siap mengisi petrol.

5) Jangan sesekali mengguna telefon semasa mengisi petrol.

6) Haba gas yang keluar meluap bersama petrol akan menyebab kan percikan api apabila ada cas statik.

7) Terdapat 29 kes kebakaran  dimana mangsa masuk semula ke kereta, keluar dan terus menyentuh muncung pam yang sedang mengisi.

8) 17 kes kebakaran terjadi sebelum, semasa atau sebaik saja penutup tangki dibuka, sebelum pengisian petrol bermula.

Sekiranya anda terpaksa masuk juga ke kereta semasa petrol sedang diisi, pastikan anda keluar, tutup pintu dan sentuh bahagian keluli kereta sebelum memegang dan mengeluarkan muncung pam. Dengan cara ini cas statik dari badan anda akan di 'discaj' sebelum anda sentuh muncung pam.

No comments:

Post a Comment