SHAH ALAM: Muhammad Arif Dolah tidak teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang ke atas juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia 2015 jika terbukti tuduhan gangguan seksual terhadap dirinya adalah palsu. Sehubungan itu, beliau mencabar Sufi yang juga bekas anak tirinya, untuk tampil mengemukakan bukti bagi mengesahkan tuduhan yang dibuatnya ke atas dirinya itu adalah benar. Arif yang pernah menguruskan kerjaya seni penyanyi Indonesia, Tegar berkata peguamnya sedang menguruskan notis tuntutan penjelasan kepada penyanyi itu di Singapura. "Jika dia tampil minta maaf dan mengakui apa yang dikatakan sebelum ini termasuk saya melakukan gangguan seksual terhadapnya, berkemungkinan saya akan tarik balik niat untuk menyamannya. "Saya boleh berlembut dalam hal ini sekalipun dia melakukan minta maaf secara tertutup. "Namun, dia perlu memberikan penjelasan sebenarnya. Dia yang memulakan semuanya, jadi kiranya dia perlu menutup cerita ini," kata Arif yang ditemui BH online di Restoran Muniff Hijjaz Papero, di sini. Tambah Arif lagi, dia tertanya tanya kenapa Sufi bertindak sedemikian hanya pada tahun ini sedangkan dia mempunyai peluang melakukan perkara berkenaan ketika berpisah dengan bekas isterinya yang juga ibu Sufi pada 2011. Arif mengenali ibu Sufi iaitu Irma Suriana Mahmod selama tujuh tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada 2007. Namun Sufi dan adik beradiknya hanya mengetahui berita pernikahan itu selepas setahun mereka berkahwin. "Ibu Sufi sendiri pernah membuat laporan polis terhadap saya atas keganasan rumah tangga sebelum ini. "Tetapi selepas disiasat selama tiga bulan, kes itu ditutup. Kenapa tidak dia (Sufi) membangkitkan hal ini ketika itu? Kenapa dia hanya menunggu kes membabitkan
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90179?m=1
No comments:
Post a Comment