Monday 30 June 2014

Dulu Erra, kini Izreen...
Amar Baharin
DRAMA Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) kini mencetuskan fenomena di slot Akasia TV3 sehingga tidak keterlaluan untuk penulis katakan, ramai yang menanti drama itu setiap jam 7 malam.

Dek kerana drama itulah, nama dua gandingan utamanya, Amar Baharin dan Izreen Azminda menjadi perhatian ramai.

Keserasian mereka di dalam drama itu, membuatkan ada pihak mula mengada-adakan cerita bahawa Amar dan Izreen kini menjalinkan hubungan cinta sekali gus, Amar dituduh punca perceraian aktres itu dengan bekas suaminya, Riza Baharuddin Jun
lalu.

Buktinya kelmarin, sebuah artikel (bukan Sinar Harian) disiarkan mengenai kisah sebenar di sebalik penceraian Izreen sekali gus mengheret nama Amar di dalam masalah rumah tangga aktres itu.

Artikel tersebut mendedahkan hubungan Izreen dan Amar mula disyaki melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu semasa mereka menjalani penggambaran KTAR.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Amar memberi jawapan menerusi laman Instragramnya bahawa, dia tidak memerlukan publisiti seperti itu untuk mempromosikan drama KTAR kerana peminat lebih pandai menilai kualiti dari khabar angin yang tak sahih.

Malah tatkala ditebak Zass mengenai perkara sama, Amar berkata, biarlah orang menyebarkan fitnah itu menanggung dosa.

"Yang pasti, apa yang diperkatakan dalam artikel itu tidak betul dan biarlah orang yang menyebarkan menanggung dosa," katanya.

Amar yang sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Primadona filem Malaysia, Erra Fazira berkata, dia melihat perkara ini kerana pengaruh KTAR.

"Bagi saya ini cuma sebahagian permainan industri hiburan. Tak ada gosip, kurang rencah dan sendu pula industri nanti," ujarnya.

Menyentuh perihal hubungannya dengan Izreen selepas gosip tersebut disiarkan, Amar berkata : "Tidak ada apa-apa yang terjejas antara saya dan Izreen kerana memang jelas kami tidak mempunyai apa-apa hubungan.

"Selepas penggambaran drama itu berakhir, kami buat hal masing-masing," jelasnya.

Pengaruh Tajul Razin

Membawakan watak Tajul Razin dalam drama KTAR, Amar mengakui popularitinya sedikit berubah sejak menjayakan drama itu.

"Bagi saya terkenal atau tidak, saya tetap hidup biasa seperti sebelum ini. Cuma sekarang ini, saya nampak nama Amar Baharin kerap keluar di akhbar, majalah.

"Apa pun saya percaya watak Tajul Razin itu  tetap memberi kesan. Banyak cabaran perlu saya pikul dalam membawa watak itu," katanya.
PM: Tiada kebarangkalian tutup MAS sekarang
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak timbul isu kebarangkalian kerajaan akan menutup syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS), buat masa ini.

Beliau berkata walaupun MAS mencatat kerugian, hala tuju syarikat itu masih belum diputuskan, dan implikasi kewangan kepada kerajaan adalah berdasarkan keputusan yang akan ditentukan hasil kajian Khazanah Nasional Bhd, sebagai pemegang saham terbesar.
  
"Pihak Kerajaan telah membincangkan isu kerugian MAS dan telah memutuskan Khazanah segera menjalankan kajian mendalam bagi mengenal pasti punca kerugian MAS dan opsyen penyelesaian terbaik.
  
"Khazanah, selaku pemegang saham terbesar MAS, telah pun memulakan kajian berkaitan prestasi masa lampau dan prestasi semasa syarikat penerbangan itu.
  
"Hasil kajian akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Khazanah sebaik sahaja ia dimuktamadkan bagi membolehkan hala tuju MAS ditentukan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
  
Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Najib, selaku Menteri Kewangan, menyatakan sama ada syor menutup MAS merupakan pelan pemulihan kewangan MAS, yang mengalami kerugian RM4.1 bilion, sejak tiga tahun lalu.
  
Beliau juga meminta Najib memberi butiran kerugian sepanjang tempoh ini, kesan negatif penutupan MAS kepada pekerja, pemilik saham serta kerugian yang akan ditanggung Kerajaan daripada aspek geran dan jaminan kewangan yang diberikan.
  
Perdana Menteri berkata MAS mencatatkan kerugian pada 2011, dengan kerugian bersih sebanyak RM2.52 bilion ekoran kelembapan pasaran industri penerbangan, terutama bagi perkhidmatan kargo.
  
Selain itu, peningkatan kos operasi merangkumi kos bahan api dan kos bukan bahan seperti peruntukan pemulangan pesawat, peruntukan susut nilai pesawat kargo, dan peruntukan usang, turut menjadi faktor kerugian.
  
Namun, Najib berkata melalui pelaksanaan langkah-langkah strategik dalam pelan perniagaannya yang komprehensif, MAS berjaya memulihkan prestasi kewangan syarikat dan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM431 juta pada 2012, berbanding RM2.52 bilion pada tahun sebelumnya.
  
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013, Najib berkata MAS mencatat peningkatan hasil sebanyak 10 peratus kepada RM15.1 bilion berbanding RM13.8 bilion pada tahun sebelumnya, berikutan peningkatan jumlah trafik penumpang.
  
"Bagaimanapun, MAS masih mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM1.174 bilion.
  
"Kerugian ini disebabkan peningkatan kos bahan api, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding dolar US dan kos pemulangan pesawat," katanya.
  
Bagi tempoh suku pertama tahun ini pula, Najib berkata MAS mencatat kerugian sebanyak RM443 juta berbanding kerugian RM279 juta pada tahun sebelumnya.
 
"Lebihan kapasiti pasaran menyebabkan tekanan kepada struktur kadar tambang dan mengurangkan hasil syarikat," kata Perdana Menteri. - Bernama
Kemelut kesatuan cepatkan kejatuhan MAS
Mas (Malaysia Airlines)
Mas (Malaysia Airlines)
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan bahawa kemelut antara Malaysia Airlines (MAS) yang bermasalah, dengan kesatuan sekerjanya, hanya akan mempercepat kejatuhan syarikat penerbangan itu.

Tee Keat berkata, MAS sudah mempunyai banyak masalah untuk ditangani, dan sebarang tindakan seperti mogok oleh kesatuan andai permintaan mereka tidak dipenuhi, hanya akan memburukkan keadaan yang kini sudah pun kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini, yang sedang dihadapi syarikat penerbangan itu.

"Yang pasti, sebagai kesatuan pekerja yang matang, kita berharap anggota kesatuan mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran mereka. Mereka perlu sedar bahawa syarikat kini melalui saat penting. Tuntutan kesatuan perlu ditangani berasingan, dan kita perlu menetapkan had yang jelas di sini," kata Tee Keat dalam satu temu bual.

Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan pekerja MAS, melancarakn mogok di pejabat pentadbiran MAS di Subang dekat sini pada Khamis, sehari selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, menuntut peletakan jawatan tiga pengurusan atasan syarikat penerbangan tersebut, menyalahkan mereka atas kerugian sebanyak RM4 juta sehari.

Berdasarkan angka yang dibentangkan pada AGM itu, penganalisis menyuarakan  kebimbangan sama ada lembaran imbangan MAS mampu bertahan untuk tempoh setahun lagi akibat kerugian besar itu.

Merujuk gesaan MASEU yang mahukan perubahan dalam pengurusan atasan, Ong berkata: "Semuanya bergantung kepada sama ada model perniagaan anda berfungsi dan bukan kerana kelayakan anda".

Mengenai pilihan yang sedang dipertimbang Khazanah Nasional, pemegang saham majoriti MAS, dalam pelan pemulihan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu, beliau berkata apa jua pelan yang rancang, penyelamatan perlu diketepikan.

"Semata-mata menyelamat tanpa langkah menyeluruh, tegas dan berhemat, akhirnya akan menjadi sia-sia, dan ini mengingatkan saya mengenai bantuan kewangan sebelum ini.

"Memandangkan Khazanah telah membantu MAS menerusi peruntukan wang yang besar sebanyak RM5 bilion, namun syarikat penerbangan itu masih rugi, sudah sampai masanya menilai keberkesanan kos dan masalah sebenar yang berlaku ketika ini seperti kos operasi yang tinggi berbanding syarikat penerbangan lain, dan sama ada MAS meletakkan harga lebih tinggi berbanding pasaran," katanya.

MAS dijangka membentangkan pelan penstrukturan semulanya kepada kerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya menyokong perubahan besar yang melibatkan kajian menyeluruh pesawat, rangkaian, kos, pekerja dan proses kerja.

Penganalisis menyarankan langkah-langkah jangka panjang seperti pengurangan kos dan MAS diswastakan dengan mengurangkan jumlah tenaga kerja seramai 20,000 orang sebagai satu daripada pilihan utama.

RHB Research berkata selain kos seunit MAS meningkat, ia masih mempunyai perjalanan yang panjang berbanding syarikat penerbangan perkhidmatan penuh lain, dan menambah langkah paling mudah bagi MAS untuk mengurangkan kos ialah mengurangkan bilangan pekerja".

Katanya tenaga kerja MAS seramai 19,577 orang dengan kos RM2.4 bilion bagi tahun kewangan 2013 agak besar berbanding syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines dan Cathay Pacific Airlines.

Jumlah pendedahan kerajaan kepada MAS berjumlah RM9.6 bilion. Kementerian Kewangan menguasai kepentingan majoriti dalam MAS melalui pelbagai entiti sebagai pemegang saham ekuiti serta pemberi hutang. Beberapa entiti kerajaan lain turut memiliki kepentingan dalam syarikat penerbangan itu dengan Khazanah menguasai 69.4 peratus kepentingan. - Bernama
MH370: Pampasan akhir hanya selepas isu selesai
Datuk Abdul Aziz Kaprawi
Datuk Abdul Aziz Kaprawi
KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk menyelesaikan isu pampasan bagi keluarga anak kapal dan penumpang MH370, namun keutamaan diberikan kepada usaha mencari pesawat yang masih hilang itu, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, pampasan akhir akan diberikan selepas isu berkaitan pesawat selesai.

"MAS dan kerajaan telah membuat ketetapan untuk memberi US$50,000 sebagai bantuan permulaan. Sehingga ada keputusan muktamad dan pesawat ditemui, barulah ada perkiraan akhir," katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat yang ingin tahu status terkini pembelaan terhadap waris mereka yang berada dalam pesawat. 

Aziz menjelaskan adalah menjadi tanggungjawab dan komitmen kerajaan dalam menyelesaikan isu pampasan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dengan segera.

Tujuh waris penumpang pesawat dilaporkan telah menerima bayaran pendahuluan pampasan US$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.
Pada 8 Mac lalu, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam menuju Beijing.
Usaha mencari pesawat dilakukan di selatan Lautan Hindi. - Bernama
Artikel Berkaitan

      Pertukaran menteri tak jejas operasi MH370
      MH370
      TAWAU - Pertukaran jawatan Menteri Pengangkutan tidak akan menjejaskan misi pencarian MH370 kerana kesinambungan usaha akan diteruskan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

      "Saya yakin Menteri Pengangkutan kita yang baharu, Datuk Seri Liow Tiong Lai mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Oleh itu saya mahu kita jangan bimbang kerana strukturnya telah ada... saya mahu beritahu kepada keluarga kru dan penumpang bahawa saya juga tetap komited untuk membantu misi pencarian pesawat MH370 itu," katanya.

      Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat keselamatan bersama Pemerintah Pasifik Kor Marin Amerika Syarikat Lt-Jen Terry Robling di Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), di sini, hari ini.
        
      Semua pihak terutama keluarga yang terlibat perlu yakin kerana komitmen yang diberikan oleh kerajaan tidak akan berhenti dan komitmen itu juga datang daripada peringkat tertinggi, katanya.
        
      "Komitmen itu juga datang dari negara lain termasuk China dan Australia. Jadi sokongan itu telah ada dan jawatankuasa kementerian juga telah diwujudkan dan hari ini satu delegasi tertinggi akan ke Bejing untuk berbincang mengenai fasa baharu dan minggu lepas delegasi yang sama ke Canberra untuk berbincang dengan Australia," katanya.
        
      Semalam Najib mengumumkan pelantikan tiga jawatan menteri dan tiga timbalan menteri dari kalangan pemimpin MCA dan Gerakan.

      Selain Tiong Lai (Presiden MCA) turut dilantik ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong masing-masing dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
        
      Mengulas lawatan bersama Pemerintah Pasifik Kor Marin Amerika Syarikat ke ATB 2 itu, Hishammuddin berkata pihak kementerian bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam isu keselamatan di negara ini khususnya di Sabah.
        
      "Ia penting untuk kita mendapat sebanyak mungkin maklumat yang boleh membantu dalam perancangan yang dibuat perdana menteri berkaitan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Essom) dan ini bukan sahaja dari segi perancangan tetapi juga dari segi latihan dan juga risikan," jelas beliau.
        
      Sementara itu, Hishammuddin berkata tugas pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berkisar kepada jenayah tradisi, penculikan, penyeludupan dan perdagangan manusia, tetapi kini lebih kepada ancaman militan.
        
      "Jadi jangan kita samakan jenayah rentas sempadan itu dengan isu pencerobohan keganasan militan seperti apa yang kita lalui semasa di Lahad Datu awal tahun lepas. Pendekatan yang holistik, kerjasama lebih luas dngan negara-negara yang dapat memberi nilai tambah kepada perancangan kita akan diteruskan," katanya.
        
      Turut hadir dalam lawatan itu ialah Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming. - Bernama