Friday 9 October 2015

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang perabot parah selepas terkena sekurang-kurangnya dua das tembakan di leher dan bahu kanan di hadapan sebuah rumah di Bukit Merah, dekat Permatang Pauh, di sini, petang tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang ketika mangsa, 27, menunggang motosikal bersendirian untuk pulang ke rumah, sebelum dipercayai diekori suspek yang turut menaiki motosikal. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, mengesahkan kejadian itu dan mangsa yang kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, dilaporkan stabil.

"Berdasarkan maklumat, suspek melepaskan dua das tembakan yang mengenai bahu kanan dan leher mangsa. "Selepas terkena dua das tembakan, mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas selepas terlanggar tiang berdekatan rumah terbabit," katanya. Ahmad berkata polis masih menyiasat kes tembakan jarak dekat itu secara terperinci untuk mengetahui motif sebenar kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun keseksaan kerana cubaan membunuh.

No comments:

Post a Comment