Tawar aktiviti tak bermoral
4 Oktober 2015
SHAH ALAM – Bermodalkan taktik di sebalik tawaran urutan refleksologi, sebuah premis dikesan menjalankan aktiviti haram dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya.
Bertindak atas maklumat dan risikan, pada jam 10.15 malam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menyerbu di Jalan Kemuning Utama, Seksyen 33 dekat sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menahan enam wanita warga asing disyaki bekerja sebagai tukang urut.
Menurutnya, ketika serbuan, kesemua mereka berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun sedang menunggu pelanggan.
“Pemeriksaan lanjut mendapati tiga daripada mereka dari Vietnam, Indonesia (2) dan Thailand (1).
“Selain itu, kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang merupakan pengurus premis,” katanya.
Siasatan awal mendapati premis tersebut beroperasi selama tiga bulan dengan menawarkan khidmat seks kepada pengunjung.
Katanya, premis tersebut licik menggunakan nama ‘refleksologi’ bagi mengaburkan aktiviti di sebaliknya.
“Kita telah merampas jadual bertugas, 23 paket kondom, bedak wangi, minyak urut, tuala, cecair pencuci mulut dan wang tunai berjumlah RM500.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Peraturan 39b Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
© 2012 All Rights Reserved • Karangkraf Media Group
© 2012 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf

No comments:
Post a Comment