Bacaan
Hangat
Terkini
Viral
Warga Emas Yang Jaga Anak OKU Meninggal Dunia Pagi Tadi
KUALA NERANG: Wanita yang berusia 101 tahun yang pernah menjadi viral kerana menjaga anak lelaki bongsunya yang juga seorang kurang upaya (OKU) meninggal dunia kerana sakit tua, awal pagi tadi.
Anak saudaranya, Siti Jaleha Yunus berkata, makciknya Meliah Md Diah sebelum ini tidak mengalami sebarang sakit kronik, namun hanya mengadu mengalami sesak nafas pada jam 7.30 malam semalam.
Meliah menghembuskan nafas terakhirnya di sisi anak lelakinya, Abdul Rahman Saud, 63 tahun.
"Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika berada di sisi anaknya.
"Kami sudah beritahu Abdul Rahman mengenai ibunya. Walaupun dia OKU tetapi dia faham dan mendiamkan diri sahaja," katanya.
Siti Jaleha turut memberitahu Meliah sempat menyuapkan nasi goreng kepada Abdul Rahman sebelum meninggalkan mereka sekeluarga.
Sebelum ini gambar Meliah yang sedang memangku Abdul Rahman menjadi viral di kalangan pengguna laman sosial. -Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment