Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini melaporkan perhimpuanan BERSIH 4 sebagai "haram".
Memaparkan tiga wajah utama - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Mohamad dan Ketua Pemuda Pas Nik Abdul Nik Abdul Aziz - akhbar berkenaan menjadikan tajuk utama mereka hari ini sebagai: "Haram! Haram! Haram!"
Kenyataan Najib yang disiarkan Utusan mempersoalkan kewajaran penganjur BERSIH 4 yang berdegil untuk meneruskan perhimpunan pada hari ini dan esok di sekitar Dataran Merdeka.
Menurut Najib, peserta demomstrasi sepatutnya memilih masa dan lokasi perhimpunan yang tidak mencetuskan provokasi.
Katan Najib, penganjur perlu memahami raptai perarakan sempena Hari Kebangsaan ke-58 sedang berlangsung di Dataran Merdeka dan sekitarnya.
"Apakah wajar perhimpunan ini dijalankan pada masa dan tempat yang begitu hampir dengan Hari Kebangsaan kita? fikirkanlah," kata Najib dipetik Utusan.
Tak panggil bincang
Mohamad Shukri pula dilaporkan berkata, Islam mengajar umatnya mentaati undang-undang dan pemerintah, bukannya melakukan provokasi dan mewujudkan suasana tidak aman kepada masyarakat sebagai tanda proses.
Utusan juga memberi ruang kepada PAS.
Memetik ketua pemuda parti itu, Nik Abduh (gambar), Utusan melaporkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa mereka tidak menyertai BERSIH 4 yang dianggap berbeza berbanding protes sebelum ini.
"PAS tidak menyertai BERSIH 4 sebab krisis dalam pakatan pembangkang dan kita melihat ada kalangan penganjur bersikap pesimis dan negatif terhadap PAS.
"Kedua, kita lihat BERSIH tidak seperi dulu. Dulu walalupun PAS bukan diberi peranan utama tetapi kita dipanggil berbincang dari awal tetapi kali ini dipanggil pada saat-saat akhir. Tambahan pula di belakang itu ada Gerakan Harapan Baru (GHB), jadi kita perlu berhati-hati," katanya.
Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perhimpunan BERSIH 4 sebagai salah satu fitnah dan berdosa besar.
"Apakah maksud dan tujuan penganjur mengadakan perhimpunan BERSIH yang hanya bertujuan membuat huru-hara. Umat Islam perlu menghindarkan diri daripada terjebak dengan budaya menfitnah sama ada terhadap masyarakat mahupun mana-mana pemimpin," katanya.
No comments:
Post a Comment