Thursday 27 August 2015

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor memutuskan demikian selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan, terhadap Persana Avril Sollunda, 33. “Semasa kejadian berlaku beliau (tertuduh) dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar, bagaimanapun buat masa ini, keadaan mental beliau adalah stabil dan beliau layak dibicarakan,” katanya ketika membaca laporan kesihatan itu semasa sebutan kes itu. Pada 29 Mei mahkamah memerintahkan Persana Avril dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan, untuk pemeriksaan mental. Mahkamah menetapkan tiga hari bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu. Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas. Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Ti
Baca selanjutnya: http://www.sayangsabah.com/wanita-tanggal-baju-di-jalan-petaling-waras-layak-dibicarakan/#at_pco=smlrebh-1.0&at_si=55dfda577591648c&at_ab=per-2&at_pos=0&at_tot=auto

No comments:

Post a Comment