Tuesday 25 August 2015

Akim teruja beraya bersama Stacy KHAMIS, 23 JULAI 2015 - 8:17PM Oleh Farhana Ab Rahman farhana@bh.com.my KUALA LUMPUR : Pengalaman hidup banyak mengajar dirinya berubah menjadi seorang yang lebih baik. Penyanyi dan pelakon Akim Ahmad mengakui prinsip yang dipegang sebelum ini lebih membebankan dirinya. Namun, seiring dengan kedewasaan dan pengalaman lalu, jejaka kelahiran Johor itu dilihat lebih bersikap terbuka dan selesa berkongsi kisah hidupnya. Akim berkongsi rasa gembira kerana pelawaan beliau mengundang kekasihnya, Stacy meraikan Aidilfitri bersama di kampung halaman Akim diterima mesra oleh Stacy dan keluarganya. "Sukar untuk saya mengungkapkan perasaan bersyukur dan gembira saya apabila pelawaan saya untuk menyambut raya bersama diterima baik oleh Stacy sekeluarga. Buat pertama kalinya ayah Stacy turut berkunjung ke rumah saya di Johor bersama adik beradik Stacy yang lain. "Stacy turut menggayakan baju berwarna hijau yang dijahit sendiri oleh ibu saya untuk kelihatan sedondon bersama keluarga saya. Lebih menggembirakan apabila melihat wajah Bella (anak angkat Stacy) turut memakai baju berwarna hijau yang disediakan oleh ibu saya. "Ini adalah tahun kedua Stacy berkunjung ke Johor dan merasai sendiri pengalaman menyambut hari raya. Kemeriahan beraya di kampung halaman berbeza sekali dengan sambutan di kotaraya," ujar Akim dalam nada teruja berkongsi cerita rayanya kepada BH Online. Sementara itu, Akim turut berkongsi album sulung Akim & The Majistret bakal dilancarkan pada 8 Ogos di Persada Johor Bahru. Beliau memilih Johor sebagai lokasi pertama bagi menghargai tanah tumpah kelahirannya. "Lokasi utama adalah Johor kerana ia adalah tempat tumpah darah saya. Sekali gus sebagai penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya saya tanpa henti. Selain Johor, kami akan turut mengadakan jelajah di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur. "Pada hari pelancaran album itu nanti, saya akan menyampaikan lapan buah lagu yang dimuatkan dalam album sulung kami berjudul Patriot. Manakala, pada hari itu nanti kami akan ada penampilan khas seorang penyanyi popular sebagai elemen kejutan," kata Akim. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69672?m=1

No comments:

Post a Comment