ALOR SETAR - Niat seorang wanita mententeramkan suaminya membawa padah apabila dia dicederakan lelaki berkenaan di Kampung Kubang Pisang, Mukim Rambai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang berkenaan, mangsa, 27, parah ditetak suaminya dengan sebilah parang.
Ibu suspek, 49, berkata, menantunya dikatakan cuba memujuk anaknya supaya keluar selepas dua hari berkurung dalam bilik di kediaman berkenaan.
“Anak makcik dilihat mula berkelakuan pelik apabila kerap berkurung dalam bilik, malah dia sering mengamuk sejak Isnin lalu.
"Kira-kira jam 12 tengah hari, menantu makcik yang tinggal berasingan datang ke rumah untuk memujuk anak makcik keluar bilik,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, anak sulungnya itu dipercayai bertindak membakar barangan dalam bilik sebelum keluar mengambil parang di dapur dan menetak mangsa.
"Dia bertindak macam itu mungkin disebabkan tekanan perasaan selepas isterinya ambil anak lelaki mereka berusia setahun, dua bulan lalu," katanya.
Dalam pada itu, mangsa ketika ditemui di Bahagian Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, enggan menggulas lanjut mengenai insiden berkenaan.
Difahamkan, mangsa yang tinggal di Bukit Lada, Pokok Sena itu patah tangan dan putus urat tangan kanan dalam insiden berkenaan, kini menjalani rawatan di HSB.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, wanita berkenaan cuba memujuk suaminya namun, tidak berhasil.
Menurutnya, lelaki berusia 27 tahun berkenaan ditahan di rumahnya kira-kira jam 5 petang kelmarin, bagi membantu siasatan.
"Suspek yang memiliki rekod berkaitan kes dadah ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment