Wednesday 26 August 2015


Jerebu di Pulau Pinang semakin teruk

Oleh Shamsul Munir Safini
Butterworth: Keadaan jerebu di negeri ini semakin buruk dengan kawasan di USM, Perai dan Seberang Jaya mencatatkan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana masing-masing kepada 98,82 dan 91, setakat jam 11 pagi tadi berbanding 47, 35 dan 53, semalam.
Berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, jarak penglihatan di Butterworth dan Bayan Lepas juga merosot sehingga 3 Kilometer sehingga 12 tengah hari tadi.
Keadaan jerebu di negeri ini semakin buruk sejak semalam dipercayai berpunca daripada pembakaran hutan untuk pertanian di Indonesia.
Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia, sekiranya pembakaran ini berterusan keadaan jerebu akan bertambah buruk manakalan cuaca juga diramalkan panas dan kering sehingga September
Bacaan IPU antara 51 dan 100 dikategorikan sebagai sederhana manakala antara 101 dan 200 tidak sihat, 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Artikel ini disiarkan pada : 
Rabu, 26 Ogos 2015 @ 1:53 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73129?m=1#sthash.ohWwaCgs.dpuf

No comments:

Post a Comment