Skip to main content Dapatkan BH Plus. Langgan Sekarang. Log Masuk Langgan BERITA Utama Semasa Politik Sukan Dunia Bisnes Jenayah Kolumnis Rencana BH@IT Hiburan Foto Video MEDIA SOSIAL Felixia Yeap nikah pagi semalam AHAD, 7 JUN 2015 - 2:25PM Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bharian.com.my KUALA LUMPUR: Felixia Yeap mengesahkan dirinya sudah bernikah pagi semalam menerusi akaun rasmi laman sosial miliknya. Namun, perincian mengenai majlis kahwinnya tidak diperoleh kerana usaha menghubunginya tidak berjawab sebentar tadi. Cuma entri di laman Instagram dan Facebook rasmi milik wanita dengan nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap itu mengesahkan dirinya kini bergelar isteri. "Ia sebuah acara yang sangat ringkas. Alhamdulillah dan saya turut menyolek sendiri wajah semasa bernikah," katanya. GAMBAR Felixia dan suami yang tersebar di laman maya. Bagaimanapun gambar suaminya tidak dikongsi, cuma beberapa gambar yang jelas menampakkan wajah suaminya itu sudah mula tersebar di laman maya. Berdasarkan sumber dan pencarian di enjin carian Google, suaminya bernama Dr Rezal Khairi Ahmad. FELIXIA turut memuat naik gambar menu makanan tengah hari sambil menampakkan secara samar identiti suaminya. - Foto ihsan instagram raisyyahrania.official
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59844?m=1
No comments:
Post a Comment