BUKIT BERUANG - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri akan melakukan sesi kaunseling kepada tiga anak seorang wanita yang menjadi mangsa tetak kepada bekas suaminya sendiri, baru-baru ini.
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan, Datuk Latipah Omar berkata, sesi kaunseling terhadap Siti Maheran Berahat, 41, perlu dibuat bagi mengurangkan rasa trauma mangsa dan anak-anaknya.
Ini kerana, katanya, tiga anak mangsa berusia 13, 7 dan 4 tahun berkemungkinan berdepan trauma selepas dipercayai menyaksikan kejadian ibu mereka ditetak.
Menurutnya, keperluan khidmat kaunseling menerusi JKM amat perlu bagi memastikan psikologi dan perasaan takut kanak-kanak terbabit kembali pulih.
“Kita akan pantau keadaan mereka yang kini dijaga ibu saudaranya. Mangsa juga akan menjalani kaunseling kerana masih trauma. Biarpun sudah boleh bercakap sedikit-sedikit tetapi kita mengharapkan dia kembali pulih,” katanya.
Terdahulu, Latipah turut meluangkan masa melawat mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin.
Katanya, Siti Maheran masih memerlukan rawatan rapi akibat kecederaan tetakan di bahagian kepala dan tangan.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, 15 Ogos lalu, Siti Maheran ditetak bekas suaminya di ladang sawit di Merlimau, selepas memujuk suspek untuk menjaga tiga anaknya.

No comments:
Post a Comment