ALOR SETAR - Seorang remaja terpaksa berdepan dugaan hidup apabila tempurung kanan kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan dalaman selepas terbabit kemalangan.
Ibunya, Che Wangi Abidin, 34, berkata, anak sulungnya daripada empat beradik, Mohd Syahrul Aliwan Alias, 20, dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah Jumaat lalu.
"Syahrul terlibat kemalangan selepas selesai jalankan tugasan rela.
"Anak saya ditempatkan di wad biasa selepas lima hari berada unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya.
Menurutnya, kini keadaan anaknya sudah beransur baik.
"Buat masa ini dia dah boleh bercakap dan menggerakkan kaki serta tangan," katanya.
Bapanya, Mohd Alias Hamzah, 43, berkata, mereka difahamkan tempurung kepala anaknya perlu dipasang semula.
"Namun pembedahan memasang semula tempurung mungkin memerlukan kos yang tinggi," katanya.
Nasib remaja berkenaan walau bagaimanapun mendapat perhatian pihak Rela yang tampil melawat mangsa.
Sementara itu, Pesuruhjaya Kanan Rela Bersekutu Kedah, Datuk Ahmad Mansor berkata, lawatan sedemikian dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan mereka.
Malah katanya, pihak mereka menyalurkan bantuan RM500 dan keperluan khas untuk meringankan bebanan keluarga mangsa.
Penguasa Rela daerah Kota Setar, Zakri Saad pula berkata, mereka memiliki perancangan untuk mewujudkan tabung khas bagi membantu Syahrul.

No comments:
Post a Comment