Rakyat Kelantan Tidak Pernah Bangsat Tanpa UMNO
Pemuda PAS Kelantan merasa sedih dengan kenyataan Perdana Menteri yang kelihatannya semakin bercelaru dan bercakap tanpa asas. Dengan hilangnya kuasa UMNO, maka disebut bahawa Melayu bukan sahaja akan bangsat, tetapi akan menjadi terbangsat.
Sedarkah Dato' Seri bahawa kami di Kelantan sudah hampir menyambut jubli perak (25 tahun) pemerintahan tanpa UMNO di negeri ini? Bangsatkah kami selama dekad itu? Terbangsatkah Melayu Kelantan tanpa UMNO yang dinafikan kuasa selama 25 tahun ini?
Malahan sebenarnya Dato' Seri, Melayu di sini semakin bermaruah dan meningkat keupayaan kendiri selama tempoh itu. Kewangan kerajaan negeri dipindahkan daripada bank konvensional dengan asas riba, ke bank dan kaunter islamik. Pusat pusat judi ditutup. Arak tidak lagi dijual secara terbuka dan wewenang. Melayu lebih tinggi darjatnya dengan Islam.
Dari segi ekonomi, dalam 25 tahun ini cukup ramai Melayu yang berjaya dalam perniagaan dan memberi pula peluang yang cukup banyak untuk anak anak muda bekerja. Kerajaan Negeri melalui Gerakan Rakyat Berdikari, Skim Belia Niaga dan bantuan alatan niaga menumbuhkan usahawan baru dan membantu peniaga sedia ada. Tiada lagi kedengaran selama itu rakyat di sini terpaksa berlapar (kecuali sewaktu bencana bah besar tempoh hari).
Terbangsat Melayu saat ini adalah kerana UMNO. Hinanya Melayu bahkan seluruh rakyat Malaysia adalah kerana UMNO. Nama negara ini terpampang di seluruh akhbar dunia dengan skandal Altantuya, Skandal 1MDB, Duit RM2.6 billion dan sebagainya. Bangsat maruah kita di mata masyarakat dunia dek kerana kamu Dato' Seri !
Wang MARA, Tabung Haji dan sebagainya semua terpalit dengan kamu. Belum cukup bangsatkah bangsaku? Jika ditegur akan dibuang sepertimana nasib Timbalan Perdana Menteri. Di tukar jabatan, diserbu rumah dan disiasat. Diugut dan ditekan.
Di mana nilai ringgit saat ini? Mana Pak Menteri yang berterusan membela dan mengatakan bahawa kejatuhan dan kebangsatan ringgit ini sebagai satu perkara yang baik? Kononnya akan menarik pelajar dari luar negara. Dan akan menarik pelancong luar lebih ramai. Apakah kekarutan semua ini??
Kami yakin Rakyat Malaysia akan terbangsat sekiranya UMNO terus berada di tampuk kuasa. Tidak percaya? Tunggu setahun dua sahaja lagi.
Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan DPPNK
No comments:
Post a Comment