Pengorbanan terbesar Neelofa
Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara jelita Neelofa, 26, mengakui sukar mendapat ‘kebebasan’ sejak bergelar artis kira-kira lima tahun lalu.
Neelofa berkata, kebebasan atau ‘privasi’ adalah pengorbanan terbesarnya apabila dia membuat keputusan memilih kerjaya dalam bidang hiburan.
“Sejak mula terbabit sebagai pelakon, ia (kebebasan) sudah hilang. Ke mana saja saya pergi, pasti ada memerhati. Salah sikit pun akan jadi isu.
“Namun saya tak pernah menyesal, tapi jauh di sudut hati saya rindu kebebasan. Bebas dari segala kritikan, gosip, fitnah dan pelbagai lagi,” katanya.
Pun begitu, Neelofa sesekali tidak akan memadam laman sosial miliknya.
“Kalau saya tak ada kerjaya dan perniagaan seperti hari ini, saya takkan ada Instagram atau laman sosial lain. Saya ada kawan-kawan tanpa sebarang akaun laman sosial, tapi mereka masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
“Buat masa sekarang ia adalah medium penting bagi membantu kerjaya tanpa sebarang kos,” katanya.
Selasa, 18 Ogos 2015 @ 6:34 PM
No comments:
Post a Comment