Tuesday 18 August 2015

FARA Mendoza. KUALA LUMPUR: Pelakon, Fizz Fairuz menjelaskan beliau tidak mengenali atau pernah bertemu dengan pelakon baharu, Fara Mendoza berhubung namanya dikaitkan dengan paparan skrin mesej perbualan menerusi laman sosial WeChat. Pengakuan itu dibuat Fizz ketika BH Online menghubunginya, petang ini. Dengan penjelasan itu, ia ternyata bercanggah dengan dakwaan Fara bahawa lelaki yang tertera dalam skrin perbuatan itu adalah Fizz Fairuz. Malah, menurut laporan sebuah portal, Fara juga menjelaskan bahawa lelaki yang menggodanya di laman sosial itu ialah Fizz sendiri. Fara juga mendedahkan secara terperinci apa yang dilakukan pelakon yang didakwanya Fizz itu. Isu berkenaan kini menjadi viral di laman sosial dan hangat diperkatakan. "Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar. "Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka. Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini. "Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi. Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan. "Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/74123?m=1

No comments:

Post a Comment