mereka kata saya terima. Kalau serpihan itu memang dari MH370. Alhamdulillah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Selamat berkata MAS sentiasa menghubunginya bagi memaklumkan setiap perkembangan terbaharu berhubung MH370.
"MAS memang ada hubungi saya untuk memberitahu perkembangan semasa tentang pencarian MH370 termasuk penemuan serpihan itu dua hari lepas," katanya.
Kelvin Shim, 39, suami kepada pramugari Christine Tan, berkata beliau masih keliru sama ada mahu mengharapkan serpihan itu benar-benar milik MH370 ketika siasatan masih dijalankan.
"Sebenarnya, saya tidak tahu sama ada mengharapkan serpihan itu milik MH370. Jika terbukti benar, saya mahu ke sana melihatnya sendiri," katanya.
Beliau juga berkata MAS ada mengirimkan dua emel kepadanya semalam dan hari ini untuk memaklumkan perkembangan terkini dan salah satu emel itu mengandungi surat yang dikatakan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mereka ada menelefon saya bertanya sama ada menerima emel itu dan berkata akan melakukan yang terbaik bagi mendapatkan berita awal untuk kami," katanya.
Bagi anak sulung ketua pramugara MH370 Andrew Nari, Maira Elizabeth Nari, 19, beliau mengharapkan sesuatu yang pasti berhubung penemuan terbaharu itu.
"Saya berasa gementar menantikan pengesahan daripada pasukan penyiasat nanti,” katanya.
Beliau menyifatkan perkembangan terbaharu mengenai MH370 yang diketahuinya melalui laman sosial itu bukan sesuatu yang boleh diyakini setakat ini dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Rabu lepas, beberapa imej serpihan dipercayai daripada Boeing 777 tersebar dalam media sosial dan memberi harapan baharu dalam usaha mengesan pesawat malang MH370 yang hilang itu.
Airlive.net, sebuah laman web yang membawa berita dan maklumat mengenai industri penerbangan mengeluarkan tweet gambar serpihan pesawat dan memuat naik status 'BREAKING Piece of wing found on La Réunion Island, could that be flap of #MH370? (BERITA TERKINI Serpihan sayap ditemui di La Reunion Island, mungkinkah ia sayap #MH370?)
Pesawat MH370 hilang dari radar kira-kira tengah malam pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Sinar TV
© 2012 All Rights Reserved • Karangkraf Media Group
© 2012 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf

No comments:
Post a Comment