Penunggang motor maut rempuh kereta
June 17, 2014
SABAK BERNAM – Seorang pemuda maut selepas motosikal Modenas Kriss yang ditungganginya merempuh sebuah kereta Proton Gen 2 di Kilometer 53, Simpang Empat Sungai Haji Dorani, di sini, lewat petang, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu, mangsa, Mohd Hafizuddin Abdul Halim, 20, beralamat di Batu 8 Sungai Limau, Sungai Besar mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang dari arah Sekinchan menuju ke Sungai Besar hilang kawalan selepas sebuah Proton Gen 2 masuk ke simpang terbabit.
“Pemandu kereta itu, yang dikenali sebagai Nurmaisarah Mesoven, 20, dipercayai dari Sungai Besar ingin menuju ke sebuah resort berhampiran,” katanya.
Noor Mushar berkata, mangsa yang menyangka kereta terbabit sudah masuk ke simpang meneruskan pemanduannya sebelum hilang kawalan lalu melanggar bahagian depan sebelah kiri kereta terbabit menyebabkannya tercampak daripada motosikal.
“Hasil siasatan polis mendapati, pemandu kereta sebelum itu memberi isyarat signal dan memberhentikan kenderaannya untuk ke arah kanan jalan dan menuju ke resort tersebut,” katanya.
Beliau berkata, penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di HTAJ kira-kira jam 11 malam dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan serius dibahagian kepala.
“Sementara pemandu wanita yang beralamat di Sungai Labu, Sekinchan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil memberitahu siasatan kes itu dikendalikan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

No comments:
Post a Comment