Anda di sini: Laman Utama | Nasional »
Shabery: Tanda Putera ditayang di Pulau Pinang mulai Sabtu
| Kemas kini: Ogos 30, 2013
(Diterbitkan pada: Ogos 30, 2013 08:15 MYT)
KUALA LUMPUR: Filem 'Tanda Putera' akan ditayangkan di pawagam di Pulau Pinang mulai Sabtu ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau dalam status terbaharunya di laman sosial Facebooknya berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.
Pada hari Rabu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan pembangkang sebagai kontroversi itu.
Namun Lim dalam satu kenyataan pada hari Khamis berkata ia berupa nasihat dan bukannya larangan.
"Mungkin atas desakan dan kemarahan rakyat atas tindakan tidak bijak melarang tayangan Tanda Putera, pihak pawagam terima surat baru – ‘nasihat’ bukan ‘arahan’," kata Shabery.
Katanya jika benar ada babak-babak fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam filem itu, mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis dan aduan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
BERITA BERKAITAN
- DAP dakwa peratusan keluar mengundi yang rendah bawa kekalahan kepada Dyana
- PRK Teluk Intan: DAP iktiraf kemenangan BN, kata Lim Guan Eng
- Kempen semasa kemangkatan Sultan Azlan Shah jadi isu
- NUJ kesal tuduhan Lim Guan Eng terhadap Utusan
- Tawaran menteri kepada Mah tiada kena mengena dengan Teluk Intan - Lim Guan Eng
No comments:
Post a Comment