Gas meletup, pemandu melecur
June 21, 2014
KLANG - Seorang lelaki melecur selepas muatan gas yang digunakan untuk proses mengecat dan kimpalan yang dibawa dalam keretanya meletup secara tiba-tiba, semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi, lelaki berusia 30an itu melecur hampir 40 peratus di badannya.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Maulud Bedul berkata, kejadian disyaki berpunca daripada bahan gas yang dibawa dalam kereta jenis Toyota Hiluxnya di belakang Pasaraya Centrepoint, Jalan Raja Hassan.
“Berdasarkan siasatan, sebelum kejadian mangsa menghidupkan enjin keretanya. Secara tiba-tiba muatan itu meletup menyebabkan kereta terbakar. Mangsa yang cuba selamatkan diri turut disambar api menyebabkan mangsa melecur,” katanya.
Lapan anggota bomba dari Balai Sungai Pinang dan Kota Raja tiba di lokasi sekitar jam 10.34 pagi .
Hasil siasatan mendapati terdapat tiga tong bahan tersebut dalam bahagian belakang kereta.
“Kita syak salah satu tong itu bocor menyebabkan ia meletup. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

No comments:
Post a Comment