MASSACHUSETTS - Seorang pesara jurutera elektrik dari Oregon, Amerika Syarikat menjadikan pesawat Boeing 727 sebagai rumahnya sejak beberapa tahun lalu.

Beliau kini mencari model pesawat lebih besar iaitu Boeing 747 untuk dijadikan rumah keduanya di Jepun lapor Mail Online.

Pada 1999, Bruce Campbell, 64, mempunyai visi mengguna semula pesawat yang sudah tidak digunakan lagi daripada menjadi besi buruk.

"Saya ingin mengubah persepsi manusia. Konsep ini menarik apabila dapat menggunakan pesawat lama sebagai sesuatu yang berfaedah," katanya.

Impiannya tercapai tahun lalu apabila dia membeli sebuah pesawat 727 pada harga AS$100,000 (RM321,000) selepas terbaca kisah seorang pendandan rambut dari Mississippi yang juga menjadikan pesawat sebagai rumah.

Difahamkan, Campbell merupakan salah seorang daripada beberapa orang di dunia yang mengubah pesawat menjadi tempat tinggal menerusi projek kreatif.