PETALING JAYA - Ketua Penolong Pengarah Logistik Kewangan Bukit Aman, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Azmi, 49, bagi menggantikan Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Bahagian Penipuan dan Pemalsuan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.
  
"Saya berazam untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara...kita fokus kepada pembanterasan jenayah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, hari ini.
  
Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat. - Bernama