Monday, 23 June 2014

Percutian berdarah

Oleh Ravale Savarinathan
Teluk Intan: Perjalanan pulang suami isteri bersama keluarganya selepas bercuti di Pulau Pangkor berakhir dengan tragedi apabila pasangan itu serta seorang anak saudara mereka maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan merempuh sebuah treler di Kilometer 42 Jalan Sitiawan-Teluk Intan, di sini petang tadi.
Dalam kejadian 5 petang itu, Osman Mohamad, 70 dan Ainon Montak, 66, beralamat di Parit 11, Batu 16 Hutan Melintang serta anak saudara mereka, Zaiton Menan, 45, terkorban akibat kecederaan pada anggota badan. 
Pasangan yang duduk di tempat duduk belakang kereta Nissan Sentra itu maut di tempat kejadian manakala Zaiton meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI) 8.25 malam ini. 
‎ 
Difahamkan mangsa dan ahli keluarga mereka yang lain berkonvoi 10 kenderaan dan memasuki pulau peranginan berkenaan pada Sabtu lalu.
Foto
KEADAAN kederaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Sitiawan-Teluk Intan yang mengakibatkan tiga sekeluarga maut dan seorang parah. FOTO Ravale Savarinthan
‎ 
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, kereta dinaiki mangsa dikatakan terbabas apabila tiba di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler yang membawa barangan plastik.
‎ 
"Zaiton dan suaminya dikejarkan ke HTI, namun wanita itu disahkan meninggal dunia malam ini ketika mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.‎ 

KEADAAN kederaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Sitiawan-Teluk Intan yang mengakibatkan tiga sekeluarga maut dan seorang parah. FOTO Ravale Savarinthan 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

No comments:

Post a Comment