TAIPING – Ratusan buku pelbagai tajuk dan genre musnah, apabila sebuah stor simpanan milik sebuah kedai buku di bangunan Wisma Palaniapa, di sini, terbakar, kelmarin.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu disedari beberapa individu yang kebetulan berada berhampiran bangunan empat tingkat berkenaan.
Saksi kejadian berkata, mereka melihat asap tebal dari celah bangunan itu sebelum segera menghubungi bomba.
“Saya lihat asap tebal di celah bangunan tersebut dan tidak sangka stor buku yang terbakar,” katanya.
Sementara Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam tentang kebakaran itu pada jam 10.13 malam.
"Sebanyak empat jentera dengan kekuatan 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Dalam operasi memadamkan kebakaran itu, anggota bomba mengalami kesukaran kerana bilik stor berkunci dan berada di tingkat dua," katanya.
Menurutnya, anggota bomba terpaksa memecahkan pintu jeriji bagi membolehkan operasi memadam kebakaran dilakukan.
“Api kemudiannya dapat dikawal sekitar jam 11.15 malam,” katanya.
Beliau berkata, buat masa ini, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

No comments:
Post a Comment