Monday 23 June 2014

Desert Foxes mengganas

Porto Alegre (Brazil) : Algeria menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kedua selepas membenam Korea Selatan 4-2 dalam saingan Piala Dunia Kumpulan H di Estadio Beira-Rio awal pagi ini.
Kemenangan pertama Algeria dalam kejohanan dunia sejak 1982 ini melonjak mereka ke tangga kedua, tiga mata di belakang Belgium yang menewaskan Rusia 1-0.
Pesta gol Algeria bermula apabila Islam Slimani menolak masuk gol pada minit ke-26 sebelum tandukan deras Rafik Halliche menerjah gawang dua minit selepas itu.

Abdelmoumene Djabou pula menjaringkan gol ketiga Desert Foxes pada minit ke-38 untuk memberi kedudukan selesa pada babak pertama.
Foto

Masuk babak kedua, Korea Selatan cuba bangkit menyelamatkan maruah dan berjaya mengejutkan Algeria menerusi jaringan Son Heung-Min pada minit ke-48.
Bagaimanapun, kebangkitan yang diharapkan juara Asia itu gagal selepas Algeria meledak gol keempat menerusi Yacine Brahimi pada minit ke-63 manakala gol Koo Ja-Cheol pada minit ke-72 sekadar gol saguhati.


KOREA SELATAN: Sung-Ryong Jung; Yong Lee, Jeong-Ho Hong, Young-Gwon Kim, Suk-Young Yun; Chung-Yong Lee (Keun-Ho Lee, 64'), Kook-Young Han (Dong-Won Ji, 78'), Sung-Yueng Ki, Heung-Min Son; Ja-Cheol Koo, Chu-Young Park (Shin-Wook Kim, 57').

ALGERIA: Rais M’Bolhi; Aissa Mandi, Madjid Bouguerra (Esseid Belkalem, 89'), Rafik Halliche, Djamel Mesbah, Carl Medjani; Nabil Bentaleb, Yacine Brahimi (Mehdi Lacen, 77'); Sofiane Feghouli, Abdelmoumene Djabou (Nabil Ghilas, 73'), Islam Slimani.

PENGADIL: Wilmar Roldan (COL)
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

No comments:

Post a Comment