Pengunjung terpesona perarakan bot berhias
June 22, 2014
PUTRAJAYA - Kira-Kira 200,000 pengunjung terpesona melihat perarakan 15 bot berhias 'Magic of the Night' yang berlangsung sembilan malam berturut-turut dan berakhir malam ini.
Edisi keempat perarakan itu, yang bertema 'Colours of Harmony' membabitkan 15 bot berhias dari pelbagai negara dan organisasi dengan setiap satu memiliki keunikan serta tarikan hiasan tersendiri.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata perarakan 'Magic of the Night' benar-benar menjiwai tarikan yang terdapat di negara ini selain budaya dan warisan seperti yang dihasilkan menerusi rekaan kreatif arca yang bermandikan cahaya dan warna.
"Dengan lokasi yang berlatar belakang bayangan mercu tanda ikonik Putrajaya, menghasilkan satu panorama sukar dilupakan dan pasti berlegar-legar dalam fikiran semua pengunjung untuk satu jangka masa yang lama," katanya pada majlis penutupan 'Magic of the Night 2014' di sini malam ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa respons yang diterima berkaitan penganjuran acara itu amat memberangsangkan.
"Maklum balas daripada pelancong dan pengunjung adalah positif, oleh itu, kita akan melihat lebih banyak edisi acara ini pada tahun-tahun akan datang," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment