KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan meninggal dunia akibat dipukul di First Avenue Bandar Utama, di sini, awal hari ini.
      
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, sebelum kejadian pada 2 pagi itu, Tan Bon Hock, 46, bersama tiga rakannya dilaporkan bertengkar dengan tiga suspek berhampiran tandas sebuah pusat hiburan di situ.
      
"Menurut rakan mangsa yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada suspek kemudian mendapatkan mangsa dan memukul, menendang serta menumbuknya," kata beliau apabila dihubungi.
      
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - Bernama