Hasrat jadi pusat projek perintis
May 12, 2014
JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Johor sebagai pusat projek perintis bagi pertanian dalam usaha memastikan ia memberi faedah bagi hasil pengeluaran negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi merealisasikan perkara itu, satu kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dilakukan bagi mengenal pasti dan membangunkan projek perintis kementerian tersebut.
“Kalau Johor hendak kekal menjadi negeri pengeluar utama bahan makanan negara, kita tidak boleh lari daripada membuat dan memperkenalkan inovasi dalam kalangan petani serta mereka yang terlibat dengan pertanian.
“Dengan ini, Johor akan menjadi negeri pertama menerima apa-apa inovasi (dalam bidang pertanian) dan kejayaan daripada program perintis boleh kita jadikan sebagai projek kekal,” katanya ketika lawatan kerja ke pusat pengumpulan dan pemprosesan kupang di Kampung Pasir Gudang Baru, semalam.
Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri juga optimis memperbaiki serta memantapkan sektor pertanian yang turut memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan rakyat negeri ini.
Dalam menjayakan komitmen itu, kerajaan negeri akan membangunkan Segamat sebagai pusat berasaskan industri asas tani.
Ia mendapat kerjasama dari Johor Corporation dan BiotechCorp yang kini dalam proses mengenal pasti projek pertanian yang boleh dibangunkan di daerah tersebut.
Mohamed Khaled berkata, jalinan kerjasama dengan MOA bukan sesuatu yang baharu malah ia turut dimeterai dengan pembangunan 15 lokasi yang menempatkan pasar nelayan dan pasar tani kekal seluruh negeri ini.
Sebanyak empat lokasi bagi pasar nelayan telah dikenal pasti untuk dibangunkan tahun ini iaitu Kesang, Pontian, Benut dan Mersing.
“Komitmen ini di mana kerajaan negeri akan memberi tapak di tanah-tanah milik kerajaan untuk dijadikan tapak kekal oleh MOA membangunkan pasar nelayan tanpa memikirkan soal bayaran atau sewaan,.. ia diberikan secara percuma,” katanya.

No comments:
Post a Comment