Monday, 8 June 2015

PKR kata Tun M terima pembalasan

Rafizi-Ramli_mahathir_600
Rafizi-Ramli_mahathir_600PETALING JAYA: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan apa yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pembalasan terhadap layanannya kepada pembangkang ketika berkuasa.
Pemimpin PKR menggunakan laman sosial Twitter untuk menyindir Dr Mahathir kerana dihalang berucap pada Dialog Bersama PM ‘Nothing2Hide’ pada Jumaat lalu.
Mereka berpendapat, sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir telah menggunakan pelbagai akta drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini.
“Tun Mahathir jadi mangsa kepada budaya dan perangai yang dia sudah bentuk ketika dia berkuasa dahulu. Sekarang dia sudah dapat balasan dari peninggalannya.
“Saya harap beliau buka mata orang UMNO yang kuat sokong Akta Hasutan apabila perkara ini terjadi kepada diri sendiri,” kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari berkata, bagi sesetengah orang menyifatkan apa yang berlaku itu mungkin karma bagi Dr Mahathir.
“Ini jadi #something2Hide. Ada yang pandang dia hero, ada yang pandang ia satu karma,” tulisnya.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren berkata, Dr Mahathir telah ‘disenyapkan’ oleh amalan kuku besi yang diamalkannya sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri.
“Dr M disenyapkan oleh negara kuku besi yang dia sendiri cipta,” katanya.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Azmizam Zaman Huri pula berkata, Dr Mahathir tidak boleh menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.
“Dulu Dato’ Seri @anwaribrahim kena macam ni semasa zaman Tun Mahathir berkuasa sebagai PM… Sekarang Dato’ Seri Najib yang berkuasa… So Tun Mahathir jangan salahkan Dato’ Seri Najib pula sebab ini semua ajaran Tun Mahathir jugak hahaha…,” sindirnya.
Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaikh Ismail pula menyindir Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwanya tidak boleh menjamin keselamatan Perdana Menteri apatah lagi keselamatan rakyat.
“Dibatalkan atas alasan keselamatan…Bayangkan keselamatan PM di tempat awam pun PDRM tak boleh jamin apatah lagi keselamatan RAKYAT.. #1MDB,” tulisnya.
Lagi satu tweetnya berbunyi “Tun jangan nak opocot sangat la Najib tak datang hari ni, Tun pun masa kita mintak debat dengan DSAI (Anwar) dulu tak datang juga kan,” tulisnya, lapor KeadilanDaily.com.

No comments:

Post a Comment