Saturday 27 June 2015

INILAH PUNCA KENAPA BRUNEI TAK JOIN MALAYSIA.....!!!




Mungkin anda semua sudah tahu mengapa Brunei tidak mahu bersatu bersama Malaysia seperti mana yang anda pelajari sejarah ketika tingkatan tiga dulu.. Namun, apakah anda sudah lupa akan faktor-faktor yang mendorong Brunei daripada tidak bernaung dibawah satu bumbung bersama Malaysia? Mari kita imbau kembali sejarah penolakan Brunei ini.. Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut.

Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran. Namun, Sultan masih tetap dengan pendiriannya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei. Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagainya. Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaganya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak.

Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei. 

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius. Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat diubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia? Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dengan gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

HARI INI, lihatlah pembangunan dan kemajuan negara Brunei sehingga baru-baru ini diletakkan dalam ranking KE-4 terkaya dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian.

Purata peningkatannya adalah 56 peratus bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja. Sektor petroleum dan gas asli menjana kekayaan negara yang mencapai kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Januari 1984 ini. IMF turut menyatakan bahawa hutang Brunei berada di kadar kosong peratus daripada KDNK 

Sumber Rujukan Artikel Ini dari Laman Web Infokini.my

Rujukan Buku : http://www.amazon.co.uk/Brunei-Malaysia-Saifuddin-Refused-Federation/dp/1780764367

RELATED POSTS :

No comments:

Post a Comment