KOTA BHARU - Pelajar tingkatan tiga yang dipercayai melarikan diri selepas didakwa keluarganya mengikut kekasih ‘tomboy’, menafikan dia dilarikan temannya itu, malahan terpaksa keluar dari rumah disebabkan sikap bapanya sering memukulnya.
Asra Nor Syafiqah Nordin, 15, berkata, dia yang pada mulanya keluar dari rumah pada 17 Mei lalu mengikut rakannya ke Tanah Merah untuk melawat nenek rakannya yang sakit sebelum kembali semula ke rumahnya di Jalan Sultanah Zainab Kota Bharu pada jam 3 petang.
“Selepas pulang dari Tanah Merah, ayah tanpa banyak soal terus memukul saya sehingga menyebabkan saya sakit.
“Saya merayu kepada ayah supaya tidak melakukan tindakan berkenaan namun ayah tidak mengendahkan saya sehinggalah saya terpaksa melarikan diri ke rumah jiran dan meminta pertolongannya untuk membawa saya ke klinik dan mendapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Asra berkata, dia kemudiannya menerima sijil sakit (MC) yang diberikan doktor dan pulang semula ke rumah, namun ayahnya terus menerus memarahinya dan memukulnya.
“Saya tidak tahan dengan sikap ayah yang sering naik angin dan memukul kami adik beradik tanpa sebab.
"Bukan saya seorang sahaja yang dipukulnya, adik beradik saya yang lain termasuk ibu juga turut diperlakukan sedemikian tanpa belas kasihan.
“Hanya melalui telefon bimbit, saya masih berhubung dengan ibu dan guru kaunseling dan memberitahu mereka tentang keadaan saya yang selamat, namun masih merahsiakan dahulu tempat tinggal buat masa ini kerana takut jika diapa-apakan ayah,” katanya.
Asra berkata, berhubung dakwaan bapanya dia dilarikan teman ‘tomboynya’ itu ia sama sekali tidak benar dan menurutnya kejadian terbabit tidak melibatkan teman berusia 30-an itu.
“Saya harap ayah dan ibu jangan salahkan dia (tomboy) lagipun dia tiada kaitan dalam kes ini.
"Setakat ini saya masih selamat dan berada di bawah jagaan seorang rakan dan diawasi oleh guru kaunseling sekolah. Untuk seketika ini, saya akan tinggal bersama mereka dan akan buat laporan polis hari ini (semalam),” katanya.

No comments:
Post a Comment