Pengganas IS dari utara Afrika ditangkap
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap dan mengusir seorang lelaki asing - yang ada dalam senarai orang buruan negara asalnya di utara Afrika - kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan Negara Islam (IS).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang berusia 31 tahun ditangkap di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen kerana disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yangs sah.
Menurutnya, saspek juga telah diusir ke negara asalnya selepas disyaki menggunakan visa pelajar palsu atas nama sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang.
"Visa tersebut diperoleh secara salah dari sebuah sindiket yang beroperasi di Lembah Klang," kata Khalid.
Sehubungan itu, Khalid berkata, polis juga akan menjalankan siasatan susulan bagi mengenal pasti anggota sindiket pemalsuan dokumen agar ia tidak dieksploitasi oleh anasir pengganas asing untuk berlindung dan menjadikan Malaysia sebagai pengkalan operasi.
"Bahagian Counter Terrorism cawangan khas telah melancarkan operasi khusus di sekitar Kuala Lumpur yang membawa kepada tangkapan seorang warganegara asing yang disyaki terlibat dalam kumpulan IS," katanya.
Menurut Khalid, suspek pernah ditangkap pihak berkuasa pada 2007 dan dipenjara selama dua tahun di negara asalnya kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.
Pada 2013, suspek ke Syira untuk menyertai IS dan ditangkap pada awal 2014 ketika cuba menyusup masuk ke Turki. Dan pada Mac 2014 suspek kemudian memasuki Malaysia dengan visa pelajar palsu.

No comments:
Post a Comment