SEREMBAN – Keengganan mengikut ahli keluarga pulang ke kampung halaman di Kuala Pilah seperti memberi isyarat dirinya akan pergi selama-lamanya.
Namun, itulah hakikat terpaksa diterima ahli keluarga Muhamad Umar Azmi, 16, yang maut selepas motosikal dinaikinya hilang kawalan dan terbabas di Jalan Sungai Ujong arah ke Sendayan berhampiran Kompleks Mahkamah Syariah di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu berlaku, ketika mangsa yang membonceng motosikal ditunggang rakannya Muhammad Syahmir Mohd Sani, 17, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Gadong Jaya di sini.
Ibu mangsa, Norlela Shafie, 45, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan arwah pada Ahad lalu sebelum mereka sekeluarga pulang ke kampung halaman di Kuala Pilah.
“Tapi arwah tidak mahu pergi kerana dia baru sahaja mula bekerja sambilan di Terminal One bagi mengisi waktu cuti persekolahan.
“Saya izinkan lagipun kami pulang sekejap sahaja dan petang tadi (kelmarin) sudah balik semula ke Seremban. Tapi ketika mahu makan malam, saya tergamam apabila diberitahu dia kemalangan,” katanya.
Menurutnya, dia terus bergegas ke lokasi bagi melihat kejadian yang berlaku namun sebaik sampai arwah sudah pun meninggal dunia.
Kata Norlela, arwah merupakan anak kelima daripada tujuh beradik dan pemergiannya sangat memberi kesan kepada kembarnya.
“Arwah dan abang kembarnya sangat rapat, tapi abang tak kerja kerana kurang sihat. Ketika kejadian dia dalam perjalanan mahu pulang ke rumah, tapi malangnya kami tak sempat jumpa dia,” katanya ketika ditemui di Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini.
Malah suasana pilu menyelubungi bilik Forensik HTJ apabila kembarnya pengsan dan terpaksa dipapah ahli keluarga masuk ke dalam kereta selepas tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan mayat arwah.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, ketika itu mangsa menaiki motosikal jenis Demak ditunggang rakannya dalam perjalanan menuju ke Sendayan.
“Sejurus sampai ke lokasi motosikal dinaikinya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri lalu melanggar pula tiang papan tanda jalan.
“Kejadian itu mengakibatkan Muhamad Umar terpelanting dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat edera parah manakala rakannya mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke HTJ,” katanya.
Muhamad Zaki berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:
Post a Comment