KUALA LUMPUR - Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam mengakui tidak salah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan nasihat kepada MIC yang merupakan salah satu komponen BN.
"(Najib) sebagai Pengerusi BN, beliau memang boleh beri pandangan...dengan niat yang baik. Tak salah," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Semalam, Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dalam ucapannya pada Perhimpunan Khas MIC di PWTC menyalahkan Najib kerana menyebelahi Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang membatalkan pemilihan parti itu pada 2013.
Menurut Subramaniam, dalam pertemuan sebelum ini dengan Najib, Presiden BN itu menasihati agar MIC mengikut keputusan RoS agar pemilihan semula dijalankan.
Sementara itu, Najib di Twitternya hari ini memberitahu akan memanggil Palanivel susulan dakwaannya itu.
Najib melalui tulisan terbarunya di akaun Facebook miliknya memberitahu Palanivel tidak sewajarnya menyalahkan mana-mana pihak ekoran masalah dalaman parti itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Krisis MIC: Subramaniam pertahan Najib]

No comments:
Post a Comment