SERDANG - Seramai 25 orang pelajar Universiti Putra Malaysia berjaya melaksanakan misi sukarelawan siswa di Tay Ninh Province, Vietnam baru-baru ini.
Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Prof Madya Dr Abdul Rasid Jamian berkata, misi selama dua minggu ini bertujuan untuk melahirkan ikon sukarelawan siswa di pentas global disamping menyemarakkan semangat sukarelawan dalam kalangan pelajar UPM.
“Hasil daripada program ini dapat menghasilkan sukarelawan yang berilmu dan berani dalam menghadapi pelbagai cabaran.
“Pengalaman yang diperoleh di sana mampu dijadikan sebagai platform untuk terus melibatkan diri dalam program kesukarelawanan selaras dengan lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia- Pendidikan Tinggi (2015-2025) untuk melahirkan graduan yang holistik dan seimbang melalui penglibatan dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan, dan kesukarelawan, kemahiran dan kepimpinan.
“Saya yakin kesemua pelajar yang terlibat berasa seronok melakukan khidmat bakti seperti ini kerana tidak semua berpeluang untuk melakukannya dan berharap mereka akan meneruskan usaha murni ini,” katanya.
Sepanjang berada di Vietnam para sukarelawan telah merangka pelbagai aktiviti seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik ‘fun learning’, khidmat komuniti (volunteer work) pembinaan sistem perparitan, membina kolah takungan air dan banyak lagi aktiviti menarik yang dijalankan.
Bagi Pengarah Program, Abdul Rahman Mahmud, peglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan sebenarnya dapat membentuk jati diri mereka.
“Penglibatan dalam program ini dapat memantapkan sahsiah diri mahasiswa di samping dapat menimba ilmu kerana sebagai sukarelawan kita perlu memiliki ilmu untuk berbakti kepada masyarakat.
“kami berasa seronok dapat berkongsi ilmu yang kami ada kepada masyarakat di sana walaupun pelbagai kekangan wujud sepanjang menjalankan misi ini, tapi itu bukan penghalang untuk terus merealisasikan misi ini dan kekangan ini sebenarnya dapat mengasah kemahiran insaniah kami,” katanya.
Misi sukarelawan ini telah berjaya memberi impak yang positif kepada para mahasiswa dan masyarakat.
Misi ini akan diteruskan UPM dalam usaha melahirkan lebih ramai lagi sukarelawan dalam kalangan mahasiswa.

No comments:
Post a Comment