Monday 29 June 2015

Syarat untuk melayakkan 1MDB adalah projek berjaya
Kalau nak yakinkan saya bahawa perniagaan 1MDB itu OK dan bagus senang saja, tak payah pusing cerita jauh-jauh.
Pertama, tunjukkan perniagaan 1MDB untung pada kadar sekurang-kurangnya 10% daripada modal yang dibelanjakan, jadi modal sendiri dan hutang ialah modal tanah kerajaan pada nilai pasaran sebenar sekitar anggaran RM10 billion campur pinjaman RM47 billion jadi jumlah modal RM57 billion. Pulang 10% setahun ialah RM5.7 billion.
Kedua, mereka mesti mampu bayar sendiri semua hutang dan faedah pinjaman sebab ini bukan pinjaman buat sekolah atau hospital, ia adalah pinjaman perniagaan, jika hutang perniagaan, ia mesti berdaya maju dan boleh jelaskan tanggungan ansuran bayaran hutang pokok dan faedah. Jika tak mampu dan kerajaan kena bagi peruntukan tambahan bail out dengan berbillion ringgit duit rakyat, mereka cerita apa pun tak guna, sebab projek 1MDB memang gagal dari sudut sebuah perniagaan. Peniaga kecil pun tahu, kalau nak pinjam bank untuk berniaga, duit masuk daripada perniagaan mesti cukup untuk bayar pinjaman. Takkan 1MDB dengan pengurus, ahli lembaga dan penasihat Perdana Menteri sendiri yang hebat pun tak tahu apa yang peniaga kecil tahu.

No comments:

Post a Comment