Saturday, 20 June 2015

Tersungkur jua...

Oleh Muhammad Apendy Issahak
Ipoh: Dua ahli geng pecah rumah ‘menyembah bumi’ selepas ditembak mati anggota polis ketika cuba melakukan jenayah di Jalan Gopeng-Batu Gajah, berhampiran Taman Herba, di sini.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, suspek warga asing itu dikatakan enggan menyerah diri dan berbalas tembakan dengan anggota polis.
Kumpulan penjenayah berasal dari negara jiran itu dikesan menggunakan modus operandi membuat tinjauan terhadap rumah mewah sasaran sebelum berkhemah di kawasan bukit berhampiran selama beberapa hari.
Suspek akan memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang kediaman dan mengikat semua mangsa.
Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh berkata, pihaknya bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melancarkan operasi mengenal pasti dan mengesan penjenayah terbabit di beberapa daerah terutama Ipoh dan Batu Gajah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 
Sabtu, 20 Jun 2015 @ 8:47 AM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58869?m=1#sthash.bLrEI8v2.dpuf

No comments:

Post a Comment