Friday 19 June 2015

Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perampas MT Orkim Harmony Minta Dilepaskan Sebagai Syarat Bebas 22 Kru




KUALA LUMPUR: Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid memaklumkan bahawa perampas MT Orkim Harmony mahu mereka dibebaskan, sebagai syarat untuk membebaskan kesemua 22 kru kapal tangki minyak itu.

“Mereka tidak benarkan TLDM dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) menghampiri kapal berkenaan demi keselamatan kru kapal. 

“Kami terpaksa berada pada jarak lima batu nautika dari kapal itu untuk memastikan semua kru selamat dan tidak diapa-apakan.

"Semua kru selamat. Mereka dipercayai ingin merampas minyak RON95 dan dijual kepada sindiket tertentu,” katanya.

Komunikasi antara TLDM dan pihak perampas dilakukan menerusi frekuensi radio.

Selain TLDM,  agensi lain yang terlibat adalah APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

TLDM berjaya mengesan kedudukan kapal tangki itu selepas pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.

Kapal yang ditemui didapati telah di cat semula dan ditukar nama kepada 'Kim Harmon' yang didakwa sebagai strategi penyamaran daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

MT Orkim Harmony, ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang dilaporkan hilang pada jam 8.57 malam Khamis lalu.

Ia membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta. -Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment